‘Keras hari mu ibu’, Tunggu anak habis jawab peperiksaan di sekolah, baru beritahu yang ayahnya telah tiada buat netizen sebak
Enggan mengganggu tumpuan anak yang sedang menjalani peperiksaan,
seorang ibu terpaksa menahan diri daripada menyatakan bahawa ayah pelajar itu sudah meninggal dunia.
Menerusi satu video yang dikongsi di laman sosial TikTok oleh pemilik akaun ‘mdsgkobkalibas’,
video berdurasi 22 saat itu ternyata benar-benar menyentuh perasaan setiap orang.
Sebaik tamat peperiksaan, ibu berkenaan kelihatan dengan lembut menyampaikan berita menyedihkan itu, namun anaknya terduduk seolah tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
@mdsgkobkalibas #carirezzekihalal ♬ Tasbih Dzikir – IFTAH QULUBANA
Beberapa saat selepas itu, barulah pelajar itu seperti tersedar bahawa beliau sudah kehilangan insan yang paling disayanginya dan kedua beranak itu berpelukan.
Video wanita Malaysia hilang di Thailand mengatakan dia selamat dan sihat
Dalam masa yang sama, dua sahabat yang turut bersama pelajar itu juga kelihatan mengalir air mata kerana memahami erti kehilangan seorang bapa.
Menerusi perkongsian video itu, kira-kira 1,246 komen, 22,700 tanda suka dan 1,232 dikongsi oleh netizen yang turut sama terkesan dengan video berkenaan.
Seorang netizen, Putri Nur berkata, ibu berkenaan sudah memikirkan perkara itu dengan panjang dan begitu tabah menghadapi kehilangan orang tersayang dan dalam masa sama memastikan masa depan anaknya yang sedang menjalani peperiksaan.
Bagi Siti Zainab Mohd, katanya, beliau hanya mampu menangis kerana semua ibu memang mempunyai kekuatan yang Allah berikan untuk menghadapi segalanya.
Sementara itu wifeabern berkata, wanita itu sangat kuat dan mohon dirinya juga menjadi kuat seperti wanita berkenaan.