“Kerana wanita dia berjaya dan kerana wanita juga dia hilang segalanya”, Tular video lelaki hidup sendirian lepas semua musnah kerana isteri kedua

Oleh MHDAILY

“Kerana wanita dia berjaya dan kerana wanita juga dia hilang segalanya”, Tular video lelaki hidup sendirian lepas semua musnah kerana isteri kedua

DI sebalik kejayaan suami, ada seorang isteri yang sentiasa berada di belakangnya.

Namun, lain pula cerita seorang kontraktor ini apabila kehidupannya hampir musnah gara-gara mengkhianati kepercayaan isteri.

"Kerana wanita dia berjaya dan kerana wanita juga dia hilang segalanya", Tular video lelaki hidup sendirian lepas semua musnah kerana isteri kedua

Kisah kontraktor malang itu tular selepas ia dikongsi semula oleh rakannya menerusi aplikasi TikTok, pada Selasa.

Menurut rakannya, kontraktor itu kini hidup sendirian selepas kejatuhan dalam kerjayanya.

“Dulunya kawan saya ni seorang kontraktor perumahan yang berjaya. Kebanyakan projek jutaan ringgit dia dapat. Syarikat yang diuruskan bersama-sama isterinya.

“Tapi kerana kehadiran wanita yang telah menjadi isteri keduanya, semuanya musnah. Kekayaan yang dimilikinya hilang begitu sahaja,” cerita sahabatnya menerusi video TikTok.

Selepas kejatuhan dalam kerjayanya, kontraktor itu kini hidup sendirian dan terpaksa bermula semula dari bawah demi mencari sesuap nasi.

Bos saya pun ada restoran kerja keras dengan isteri tua. Sekali pasang dua, jatuh terus sampai berniaga kaki lima, hutang Ah Long lagi.


NETIZEN
“Kini dia hilang semuanya dan hidup bersendirian. Kerana seorang wanita dia berjaya dan kerana wanita juga dia hilang segalanya.

“Semoga kegemilangan hidupnya kembali,” tulis sahabatnya itu lagi menerusi video yang meraih lebih 100,000 tontonan.

Menerusi video yang dikongsi, kontraktor itu dilihat sedang berdiri di atas kerangka besi sambil membuat kerja-kerja pembinaan sebuah rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: 13 tahun kahwin, suami menganggur curang 5 kali! Jual kereta dibeli isteri, buat hutang sebelum lari dengan awek baru kenal 3 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang, ambil cuti sama dengan awek satu ofis! Isteri tahan nangis walau sedih, takut kena marah

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan kata-kata semangat buat pemuda itu dan berharap kisahnya menjadi iktibar kepada orang lain.

“Bila ada seorang isteri yang baik, jangan abaikan kerana isteri yang baik punca rezeki sentiasa mengalir seperti sungai yang sentiasa mengalir.

“Satu pengajaran penting. Jangan abaikan isteri pertama yang sanggup susah senang bersama-sama sampai berjaya dan kaya.

kon3

Antara komen netizen di aplikasi TikTok.

“Kita tak boleh nak elak ketentuan Allah. Bila Allah nak tarik, sekejap je dari senang kita susah,” tulis beberapa netizen.

Malah, beberapa netizen turut berkongsi kisah serupa yang mana ramai lelaki mengalami kejatuhan dalam kehidupan selepas menduakan isteri mereka.

“Bos saya pun ada restoran kerja keras dengan isteri tua. Sekali pasang dua, jatuh terus sampai berniaga kaki lima, hutang Ah Long lagi.

“Kawan saya juga macam ni. Kehadiran wanita kedua, habis semua yang dimilikinya. Terus bankrap.

“Banyak berlaku begini. Berjaya bersama isteri pertama tapi bila datang yang kedua, yang pertama dilepaskan. Hancur segala kejayaan,” tulis netizen lagi.

BACA:

‘Sesudah laungan azan subuh..papa menghembuskan nafas terakhir’, Mat London meninggal dunia