Kerana teruja jadi MB’tebok atap’, sanusi tak perasan nadir bumi dicuri dalam Dun Jeneri?
Jika kerajaan Pusat Tebok Atap ada Skandal Jana Wibawa, Kerajaan Negeri Tebok Atap di bawah Menteri Besar Sanusi ada Skandal Nadir Bumi yang dicuri secara misteri.
6 bulan REE dicuri cecah berbillion ringgit depan muka pintu Sanusi.
Oleh kerana terlalu teruja baru menjadi MB Tebok Atap, heboh satu Malaya bahawa Kedah menjumpai Unsur Nadir Bumi atau Rare Earth Element (REE) bernilai 43 Trillion ringgit.
Esoknya dia betulkan 62 billion ringgit sahaja.
Sanusi turut menambah perisa cerita penemuan ini dengan kisah mistik kononnya penemuan ini disebabkan keberkatan oleh Allah kerana Kerajaan PAS berjaya Tabok Atap.
Walhal Jabatan Mineral dan Geosains telah lama umum wujud REE di jajaran sik, baling sampai ke perak cumanya kerajaan terdahulu tidak membuat eksplorasi disebabkan tiada kepakaran.
Unsur Nadi Bumi ini penting untuk hasilkan telefon pintar dan komputer riba.
REE ini juga jadi modal politik hentam kerajaan negeri semasa PRU14.
SUMBER AIR BERSIH DAN KESIHATAN RAKYAT DALAM BAHAYA
Akibat kegelojohan kerajaan Tebok Atap PNPAS Kedah ini, lesen yang pada awalnya diberi untuk eksplorasi oleh syarikat dari China ini, didapati telah mula mengekstrak REE ini secara haram. Ya! Secara Haram!
Sepatutnya Kerajaan Negeri menunggu SOP untuk mengekstrak REE Ini dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) juga tidak dibuat.
Risiko kepada rakyat ialah, sungai yang jadi sumber Air Bersih rakyat Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis tercemar akibat pelepasan bahan kimia yang diguna untuk mengekstrak REE ini.
Dibimbangi kini Sungai Jeneri dan Sungai Muda yang bersambung dengan Sungai Senam tercemar dengan Logam Berat yang boleh memudaratkan rakyat.
Masalah kesihatan seperti gangguan kardiovaskular, kerosakan neuron, kecederaan buah pinggang serta risiko kanser dan diabetes boleh berlaku kepada rakyat.
BAGAIMANA KECURIAN INI TERBOCOR?
Lori besar keluar masuk membawa keluar peralatan dan REE ini pekerja asing ala samseng membahayaan penduduk. Bertubi-tubi laporan polis dan Jabatan Hutan dibuat tetapi tiada tindakan.
Tiba-tiba takdir Allah, lori membawa REE ini kemalangan dan 185 guni REE dengan nilai 3.5juta dijumpai dalam lori.
Rupa-rupanya selama 6 bulan Unsur Nadir Bumi dicuri dianggarkan jumlah keseluruhan bernilai berbillion ringgit.
SOALAN CEPU EMAS, siapa sebenarnya yang dapat manfaat dari jualan berbillion ringgit REE secara haram ini? Ke mana wang haram ini mengalir?
Kalau Sanusi kata dia tak tau REE dicuri, dia MB paling tidak bertanggungjawab di dunia kerana khazanah negara itu dicuri depan muka pintu di Bukit Enggang dalam DUN MB.
Kebetulan PNPAS sangat mewah berbelanja untuk PRU15 lalu. Adakah ini berkait? Ada berapa ekor udang di sebalik batu? Ini menimbulkan kecurigaan.
HANG BODOH! KATA SANUSI
Kalau anda percaya bahawa pencuri REE ini adalah pelombong asing semata-mata dan tak ada orang penting dibelakangnya, meminjam kata-kata Sanusi MB Lato Lato:
HANG BODOH!!
Kalau anda rasa 630 ribu ringgit kompoun pemandu lori warga China pencuri REE itu terlalu besar untuknya dan tiada funder yang membayarnya atau hasil curi REE tak cukup untuk cover,
HANG BODOH!
Kalau anda rasa MB Lato Lato dan ADUN-ADUN PAS tak tau langsung hal kecurian dan pencerobohan ini,
HANG BODOH!
Kalau anda rasa selepas laporan polis dan pejabat hutan dibuat bertubi-tubi MBI dan pengerusinya Sanusi masih tak tau hal ni,
HANG BODOH!
Kalau anda rasa 52 orang yang ditahan menceroboh Hutan Simpan ini febuari 2023 lalu macam halimunan tak dilihat langsung oleh orang yang sepatutnya memantau,
HANG BODOH!
Kini kes ini dalam siasatan SPRM dan Polis dan kita akan lihat siapa yang kena.
Anda rasa PNPAS Bersih dan Stabil? Nanti dulu…
Ahmad Mursi
BACA:
Kontroversi rumahtangga, setelah lama berdiam diri akhirnya ini respon ND Lala
Sebenarnya China bukan negara komunis tapi berubah lepas kejadian ini yang buat ramai nak tahu