Kerana tekanan buat wanita Palestin cipta produk inovasi, tapis air minuman dari laut

Oleh FAHMI ABBAS

Seorang wanita Palestin dari Gaza telah menarik perhatian ramai selepas berjaya membina

sistem penapis yang mampu menukar air laut kepada air bersih yang selamat untuk kegunaan harian.

Sistem penapis air ini direka oleh Inas al-Ghoul, seorang jurutera pertanian dari Palestin.

Rekaan inovatif Inas ini telah dikongsi melalui video di YouTube oleh Middle East Eye beberapa hari lalu.

Dalam video berdurasi lebih satu minit itu, Inas menerangkan cara sistem penapis air tersebut berfungsi.

Kerana tekanan buat wanita Palestin cipta produk inovasi, tapis air minuman dari laut

Sistem ini berbentuk kotak yang mengandungi lapisan getah dan sekeping kaca yang diletakkan dalam keadaan bercerun. Proses ini adalah penyulingan air dalam bahasa yang mudah.

Air laut akan menitis ke dalam saliran yang disambungkan ke sebuah paip. Kemudian, air tersebut akan ditapis sebanyak dua kali menggunakan arang teraktif (activated charcoal),

sebelum dimasukkan ke dalam tangki air yang sedia ada. Air yang ditapis ini kemudiannya boleh diminum dan digunakan untuk keperluan lain.

Yang menariknya, sistem penapis ini berfungsi tanpa memerlukan panel solar atau elektrik, dan ia juga mempunyai ketahanan yang lama.

BACA: Che Ta tak sabar nak dedah bakal hantar rombongan merisik, teruja bakal menantu berhijab