Pelakon Janna Nick, atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 29, memaklumkan bahawa dia perlu menjalani pembedahan a
kibat masalah sinus yang kronik. Menurutnya, keadaan tersebut menjadi semakin teruk selepas menjalani penggambaran bersama seekor kucing di Thailand.
“Ini adalah kali pertama dalam hidup saya perlu menjalani pembedahan. Yang pastinya, saya masuk hospital bukan sebab mengandung,” katanya menerusi satu hantaran video di TikTok.
Janna menjelaskan bahawa penggambaran bersama kucing itu telah memperburukkan keadaan sinusnya hingga memerlukan rawatan di hospital.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada dia telah menjalani pembedahan tersebut atau masih menunggu giliran.
Sejak beberapa hari lalu, Janna turut berkongsi foto di hospital tetapi tidak mendedahkan punca sebenar rawatannya. Dalam nada bergurau, suaminya, pelakon Dini Schatzmann, sempat memberi peringatan kepada netizen supaya tidak membuat spekulasi tentang bentuk hidung Janna selepas pembedahan.
“Lepas ini kalau nampak hidung Janna bentuk lain, bukan sebab dia buat hidung tau, tetapi sebab sinus,” kata Dini berseloroh.
Selain berkongsi pengalamannya, Janna turut mengingatkan orang ramai untuk segera mendapatkan rawatan jika mengalami masalah sinus. Dia menekankan bahawa penyakit tersebut telah menyebabkan dirinya kehilangan deria rasa dan bau.
“Untuk sesiapa yang ada resdung, saya nak ingatkan, sekiranya diserang sinus, cepat-cepat makan ubat anti-selesema dan bersihkan hidung dengan air garam. Resdung ini masalah besar juga sebab saya dah hilang nikmat rasa dan bau,” jelasnya.
Janna berharap pengalaman yang dilaluinya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain untuk tidak memandang ringan masalah resdung dan mengambil langkah awal untuk mengelakkan komplikasi.
1 thought on “Kerana seekor kucing, Janna Nick sampai masuk hospital ini sebabnya”