Kerana sambutan luar biasa Menu Rahmah, sekali Singapura pun tiru!3 hari Lepas, dalam Parlimen Singapura, Menteri Pembangunan Nasionalnya mengumumkan inisiatif ala2 MENU RAHMAH Malaysia.
Mereka wajibkan semua kedai yang menyewa dengan Kerajaan jual menu budget untuk golongan yang memerlukan.
3 jenis menu untuk makan tengahari dan malam. Dan 2 jenis untuk sarapan pagi. Ini wajib dilakukan sebelum tahun 2026, kalau tidak tindakan boleh diambil.
Sampai macam tu sekali, mereka nak pastikan rakyat terbanyak punya pilihan makanan murah. Sampai dijadikan peraturan yang nak dikuatkuasakan.
Ye, at last, kita boleh claim Singapura tiru program Menu Rahmah Malaysia. Congrats KPDN dan YBM Salahuddin Ayub!
Cuma, di Singapura mereka terpaksa PAKSA atau wajibkan peniaga turun harga. Siap bagi sewa rendah untuk minta mereka kerjasama.
Peniaga Malaysia buat Menu Rahmah sukarela, mereka faham makna Rahmah melalui sedekah. Sedekah memberi makanan dan isu perut kosong yang memerlukan, pahalanya berlipat ganda.
Saya bangga dengan peniaga Malaysia. Bantu negara tanpa paksaan. Didoakan peniaga Rahmah ini diberi gandaan rezeki dari Allah.
Just that, about time, Kerajaan kena pikirkan strategi untuk tolong mereka. Sampai bila mereka nak bertahan. Takkan la nak rugi/ untung sikit tiap2 bulan?
Maka, saya cadangkan mana2 Peniaga Rahmah, boleh dapat diskaun menyewa. Kalau menyewa dari Kerajaan, Kerajaan WAJIB turunkan sewa. Kalau menyewa dari Swasta, Kerajaan boleh galakkan tuan kedai turunkan sewa mereka. Jadi Tuan Kedai Rahmah pula 😊
Kerajaan juga boleh bagi kupon digital kepada Peniaga Rahmah untuk dapat bahan mentah bersubsidi. Dengan syarat mereka turunkan harga makanan.
Itu antara cadangan2 yang boleh saya fikirkan.
Mana baik kita sokong la. Kalau benda baik pun kita tentang, maknanya kita tergolong dalam geng Taksuber.
Taksuber membenci apa saja yang dibuat dalam negara. Geng fanatik macam ni, nak cakap apapun tak guna.
BACA:Sepatutnya jadi kondo tiba-tiba jadi shopping mall, Ini punca Sampoong Mall Korea roboh
Wanita di negara ini diwajibkan gemuk dulu sebelum dibenarkan kahwin, ini ceritanya