‘Kerana pemilik, badak binasa’ Badak air Pablo Escobar dijatuhi hukuman mati

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Beratus-ratus badak air milik ketua kartel dadah Colombia, Pablo Escobar, telah ‘dijatuhi hukuman mati’

oleh mahkamah selepas didapati mengancam hidupan liar dan alam sekitar, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Badak-badak air tersebut terlepas daripada kurungan selepas polis menembak mati Escobar pada tahun 1993.

Sejak itu, pihak berkuasa berusaha mengekang pembiakan haiwan-haiwan tersebut, namun data menunjukkan bilangan mereka telah berkembang kepada sekitar 200 ekor.

Kepesatan populasi ini telah merosakkan landskap tempatan dan mengancam hidupan liar lain, menyebabkan kebimbangan bahawa jumlah badak air itu boleh meningkat melebihi 1,000 ekor jika tidak dikawal.

'Kerana pemilik, badak binasa' Badak air Pablo Escobar dijatuhi hukuman mati

Oleh itu, seorang hakim dari Mahkamah Pentadbiran Cundinamarca telah mengarahkan kementerian alam sekitar untuk melaksanakan hukuman mati terhadap semua badak air tersebut dalam tempoh tiga bulan.

Pada Jumaat lalu, hakim yang sama memberi amaran bahawa usaha sebelum ini untuk mengurangkan populasi badak air telah gagal, dan bilangan haiwan yang begitu banyak boleh membahayakan nyawa manusia.

Serangan terhadap nelayan telah dilaporkan di Sungai Magdalena sebelum ini, dan pakar-pakar juga khuatir bahawa populasi lembu laut mungkin terancam.

BACA: Pemilik villa terkejut kediaman ditinggal kosong 6 tahun jadi bilik sampah