Assalamualaikum admin dan para pembaca. Saya terp4ksa guna fake punya akaun FB . Saya seorang suami kepada dua orang anak.
Saya dan isteri sudah berkahwin hampir tujuh tahun. Jadi, untuk dipendekkan cerita,
isteri saya ini seorang yang baik, masalahnya adalah pada saya, sikap panas baran saya, saya tidak mampu nak kawal.
Asal marah sedikit, saya akan naik tangan tetapi isteri tetap sabar, tidak tinggalkan saya.
Saya pernah curang dengan isteri semasa dia sedang mengandung anak pertama saya.
Masa itu dia sangat – sangat marah. Saya bagaikan tersedar dan ubah diri saya, saya tinggalkan perempuan itu.
Sampai sekarang saya tidak pernah ada hubungan dengan perempuan lain kerana saya sangat sayangkan isteri saya. Saya ini agak tersasar, solat jauh sekali. Kira jarak saya dengan Allah sangatlah jauh.
Selalu lupa diri. Dengan mak mertua saya tidak bersefahaman sampai susah sangat hendak balik rumah mertua saya, tetapi isteri hanya mampu menangis dan menanggung Iuka bersendirian.
Dia terasa sebab tak dapat nak balik jenguh ibu dia. Kami kerap berg4duh, kadang – kadang masalah kecil kadang – kadang masalah besar, dan keraplah saya naik tangan dekat dia
. Isteri saya bekerja, jadi perbelanjaan kami lebih kepada dia yang tanggung, cuma kalau kurang duit, saya akan tanggung selebihnya.
Tetapi jangan anggap saya biarkan dia menanggung semua bil seorang diri. Saya masih tanggung makan minum, saya beri, cuma bab nafkah saya tidak pernah hulur.
Saya mengaku ini semua sebab keb0dohan saya. Nak dijadikan cerita, saya ada marah isteri saya pada satu malam ini sebab masa itu dia khusyuk main telefon dan saya r4mpas telefon tersebut.
Saya cuba periksa, tiada mesej dari pihak lain ke atas isteri saya. Cuma masa itu saya nak ajak dia tidur sebab fikirkan anak – anak semua nak masuk tidur dan hari pun agak lewat malam. Jadi kami bertengk4r dan berg4duh agak teruk.
Tetapi disebabkan kes tersebut, esoknya isteri lari meninggaIkan saya dengan membawa anak – anak saya. Ini kali pertama berlaku selama saya bersama dengannya tujuh tahun. Hari yang dia larikan diri, saya dapat mesej dari dia yang dia nak saya ceraikan dia sebab tidak tahan dengan per4ngai saya.
Saya akui semua terjadi adalah dari kesilapan dan keegoan saya. Saya betul – betul rasa menyesal dan saya sangat sayangkan keluarga saya. Saya ayah kepada dua anak – anak saya. Isteri saya kerja syif, saya kerja waktu pejabat.
Jadi, kalau dia kerja malam memang saya akan jaga anak – anak. Hujung minggu saya cuti, kalau dia kerja saya akan jaga anak, jadi masa saya memang lebih kepada anak – anak. Saya tak dapat bayangkan hidup saya tanpa isteri dan anak – anak. Saya takut kehilangan mereka.
Saya tidak pernah lepak malam dengan kawan – kawan hampir tiga tahun sebab saya suka duduk rumah layan anak – anak dan isteri. Cuma kali ini saya betul – betul tersentap sebab dia larikan diri dari saya, dan ini adalah kali pertama.
Saya tidak sanggup menanggung dugaan ini sebab saya fikirkan anak pertama saya akan mula tadika pada tahun depan. Saya sayangkan keluarga saya. Saya betul – betul nak berubah. Saya tidak pernah jauh selama ini dengan anak – anak.
Saya telefon isteri tapi dia tidak angkat. Saya tidak dapat dengar suara anak – anak saya. Kalau rindu pun hanya dengan melihat video yang saya simpan di telefon saya. Saya sedar saya sudah tersasar. Apa yang terjadi ini bukanlah atas kesalahan isteri saya, semua berpunca dari saya.
Saya nak berubah. Saya nak keluarga saya bahagia hingga akhir hayat. Saya cuma harap isteri beri peluang terakhir untuk saya sebab saya tidak sanggup untuk ceraikan dia, dan sekiranya berlaku lagi, saya rela lepaskan dia.
Cuma saya dalam proses dekatkan diri saya dengan Allah supaya perkara yang sama tidak akan berlaku lagi. Saya harap anda semua mampu berikan sokongan untuk saya berubah. Kalau pihak admin ada nasihat atau pendapat tentang kisah saya, saya alu – aIukan dengan hati terbuka. Memang saya mengaku apa yang berlaku semua salah saya, isteri saya dah sempurna segalanya. Saya suami yang ingin berubah demi isteri dan anak – anak.
Komen W4rganet:
AAs Sidek : Ya Allah, begitu banyak ditanggung beban dalam hati isteri, dengan curangnya, dengan panas barannya, dengan sikap berkira, lepas itu tidak baik dengan emak mertua pula. Apapun terus berusaha dan cuba baiki keadaan, isteri tentu sudah rasa taw4r hati sangat, kasihan anak – anak. Moga dipermudahkan urusan.
Nah : Mesti isteri awak sudah taw4r hati dengan awak, sikap awak yang panas baran, buat macam – macam perkara yang meny4kitkan hati dia. Tujuh tahun bersabar, Allah hendak uji dengan sekali kemarahan awak itu sebabkan isteri terus kecewa dengan sikap awak.
Akhirnya awak juga yang rugi. Perempuan mana boleh sabar dengan baran suami selama – lamanya. Awak solat, taubat banyak – banyak minta Allah beri petunjuk jalan penyelesaian yang terbaik. Hanya orang yang sabar akan beroleh kemenangan, In Syaa Allah. Berdoalah minta Allah lembutkan hati isteri awak.