“Kerana bentuk badan isteri berlemak, aku hilang selera, satu hari isteri tertinggal fon dirumah, aku terjumpa sesuatu yang merisaukan”

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Terima kasih sudi membaca confession aku ni.Nama aku Naufal, berumur 30-an.

Kakitangan awam, sudah berkahwin selama tiga tahun juga dengan seorang kakitangan awam, juga 30-an. Kami kenal sudah lama.

Mulanya sebagai kawan sahaja, semakin lama semakin rapat dan alhamdulillah, dapat juga ke jinjang pelamin. Walaupun sewaktu couple tu, kami banyak kali putus dan rapat semula.

Wife aku ni, aku namakan dia sebagai Fina, bekerja di Borneo. Aku pula di sini di Semenanjung.

Sejak dari awal perkahwinan lagi kami PJJ. Berjumpa 2-3 bulan sekali. Sebelum aku teruskan cerita aku ni, aku harap korang tahu yang aku sangat sayangkan isteri aku.

"Kerana bentuk badan isteri berlemak, aku hilang selera, satu hari isteri tertinggal fon dirumah, aku terjumpa sesuatu yang merisaukan"

Jujur aku cakap, aku berkenan dengan Fina disebabkan sikapnya. Dia sangat lembut dan memahami. Sangat baik hati. Sentiasa ada di samping aku.Semasa di universiti kami kerap bergaduh sebab yalah, aku sibuk,dia cemburu.

Tetapi sejak kami melangkah ke alam pekerjaan, dia banyak berubah menjadi seorang yang lebih memahami.

Tapi ada satu yang aku sampai sekarang masih ragu ragu dengan diri.

Fina bertubuh gemp4l.

Masa awal perkahwinan, aku selalu beritahu diri aku. Kecantikan tu bukan yang paling utama. Kecantikan tu subjektif.Malam pertama aku ‘sentuh’ dia. Jujurnya mungkin tak macam lelaki lain. Dia bertanya ada masalah ke? Aku geleng. Aku cakap aku penat sahaja.

Selepas itu, setiap kali kami berjumpa, aku gagahi jua untuk bersama. Tetapi sekadar memuaskan Fina. Kami masih gembira setiap kali berjumpa.Yalah. Dah duduk jauh,berjumpa beberapa bulan sekali. Namun aku tak tahu kenapa nafsu aku hilang bila tengok dia.

Waktu ‘bersama’ semakin singkat setiap kali kami bertemu. Lama lama Fina perasan. Fina tanyakan padaku. Kenapa? Hati aku berubah ke?Aku geleng. Hati aku tak pernah berubah. Aku sangat sayangkan dia. Tak pernah ada perempuan lain dalam hati aku. Tapi…

Akhirnya selepas dipaksa, aku memilih untuk berterus terang. Aku tak ada nfsu terhadap dia. Terhadap isteri aku. Sebab dia gemok.

Aku mengaku, masa muda aku agak nakal. Video dewasa satu kebiasaan. Mungkin aku telah terpengaruh.

Aku tengok wajah Fina. Fina diam. Ada air mata turun dari matanya. Aku pelok dia. Aku minta maaf. Dia masih diam. Aku beritahu aku sayang dia. Dia tidak respon.Esoknya aku lihat Fina seperti biasa. Dia memohon maaf atas tingkah lakunya semalam.

Hidup diteruskan seperti biasa. Satu hari Fina telefon aku dan beritahu dia dapat ditukarkan ke Semenanjung.

Berdekatan dengan kawasan aku bekerja. Sudah semestinya aku sangat gembira.Mulalah episod kami tinggal bersama. Kami gembira. Namun, kami tidak ‘bersama’ langsung sepanjang dua minggu kami tinggal bersama.

Aku tanya pada Fina. Dia cakap tak apa. Dia okay. Aku diam. Aku masih tak bernafsu terhadap dia. Namun aku sudah tidak menonton video dewasa lagi.

Sepanjang PKP ini kami kerja dari rumah. Hidup kami tak ubah seperti housemate. Kemesraan itu ada. Tapi bukan seperti suami isteri. Hubungan intim hampir tiada.

Ada kalanya Fina sengaja mengenakan baju baju nakal, namun tiada apa yang terjadi. Bagi aku badannya terlalu ‘berlemak’.

Setelah PKPB diumumkan, Fina memberitahu aku dia dipanggil bekerja semula di pejabat. Aku pula masih di rumah.

Satu hari, Fina tertinggal telefon bimbitnya di rumah. Aku telefon pejabatnya. Dia cakap tak apa. Biar sahaja di rumah.

Aku nk hantar telefon nanti kena kompaun pula.Entah kenapa aku berminat untuk memeriksa telefon bimbitnya. Passcode aku masukkan. Fina memang tak pernah sembunyikan passcode dari pengetahuan aku.

Aku buka galeri. Aku buka whatsapp. Aku buka instagram dan emailnya. Tiada apa yang pelik. Aku perasan dia ada dua browser. Aku buka satu lagi browser.Aku terkejut. Penuh dengan v1deo dewasa. Tangan aku menggigil.

Astaghfirullah. Apa maksud semua ni?

Reaksi Warganet

Nurul Izzah –Tutup lampu jela. Orang kahwin nak bahagia, si nopal ni salahkan lelemak pulak. Kalau nak tahu, lelemak tu lah bakal jadi tempat selamat untuk b4yi dalam kandungan.

Dah lahir, b4yi tu landing atas lelemak tu untuk menyusu. Dah besar sikit, baring pulak atas lelemak buat bantal. Hurmm, malas nak cakap tapi terpaksa cakap pulak.

Farah Kamal –Mula mula pergi jumpe ustaz dulu. Ye lah takut orang hantar bende untuk hilangkan nfsu kan.

2nd solat jemaah sama sama.

3rd pergi tengok Kevin Zahri punya IG. Ada ebook dan coach2 boleh tolong. Saya pernah turun berat 30+ kg belajar cara pemakanan dan workout ikut dia. 8 bulan dah turun sebelum kahwin.Lepas kahwin happy sangat, naik berat badan. Konon PKP nak turun balik, tapi ter mengandung pulak, hahah.

Roslinda Ibrahim –Apekah maknanye? Jangan buat buat terkejut. Awak sebagai suami, bole lorongkan kembali isteri awak kejalan yang lurus. Tak adil kalo awak terus jatuh hukum…

Awak pon gitu jugak dulu kan? Jadi sama sama la korang jadi suami isteri yang diredhai dan disayangi Allah..Bak kata ustz ustz dalam ceramah, walau bini ko cantik, walau bini ko tak cantik, kurus ke gemok ke ko tutup lampu tak nampak ape pong. Doa banyak banyak pada Allah untuk bantu keluarga ko…

Ardini Zalikha –Hang kata isteri habg baik, lemah lembut dan hang sayang dia. Tapi hang tak jaga nafkah batin dia. Apa yang hang jumpa dekat fon dia tu adalah kesannya.

Hang tu ketua keluarga, hang tu suami dia. Hg bawa la dia pergi beriadah, ajak bersukan. Kan dah duduk serumah, lebih mudah untuk bersukan sesama. Diet sesama.Kalau ada duit lebih, hang hantaq dia pi spa bagai. Come on. Do something about it. Cari solusi please. Benda boleh settle, bro. Semoga dipermudahkan urusan untuk hangpa berdua.

Hafeeza Imanie –The mistake is yours. Tak payah salahkan orang lain bila kau yang ade masalah batin. Tau tak, sayang tapi takde nfsu pada orang yang ko sayang dan cinta sangatlah weird.

Selain daripada weird, kau tu ade masalah batin tapi taknak mengaku. Banyak kan membaca. Ada banyak jenis sakit kelamin, pegilah berubat jika masih sayangkan rumahtangga.

Isteri kau pulak tak s4kit, dia perlukan effort untuk tampil cantik saje. Dia tengok vid dewasa sebab sumenye salah kau.

Kau berdosa dan kau yang akan jawab kat akhirat sebab tak tunaikan tanggungjawab nafkah batin.

Aku yakin isteri kau sangat terseksa bersuami kan kau, tapi dia bersabar sebab sayang. Berubahlah sebelum terlambat.

Faizah Abu Bakar –Kaji dan dalami maksud sayang dalam diri awak. Kadang sayang tak bermaksud cinta. Kita selalu keliru dengan 2 perasaan tu.

Cinta awak tak kisah dia macam mana pun dan dari situ timbulnya sayang. Tapi kalau sayang semata mata, memang awak akan nampak segala kekurangan dia walaupun awak cuba untuk menerima tapi masih menganggu fikiran awak..

So kaji balik perasaan tu. Kadang dah kawan terlalu lama perasaan sayang tu memang timbul tapi cinta tak de…

Sumber – Naufal (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

BACA: Baru 33 tahun beroperasi tapi berjaya takluk dunia, ini sejarah Blackrock ramai tak tahu