Kerajaan umum harga tol turun tahun hadapan. 31 Disember 2022 – Sebagal sebuah Kerajaan yang prihatin akan beban yang ditanggung oleh pengguna, maka Kerajaan dengan sokongan dan persetujuan syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian kumpulan IM Corporation Berhad, laitu Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Ser-emban (LEKAS) telah bersetuju untuk menurunkan kadar to berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 jam 12:01 tengah malam.
Persetujuan in adalah selaras dengan keputusan Jemash Menteri yang dibuat pada
21 Disember 2022. Penurunan kadar tol ini juga merupakan sebahagian daripada persetujuan penyusunan semula strukturCan kadar to bagi kedua-dua lebuhraya ini yang diputuskan oleh Kerajaan.
Penurunan kadar tol adalah sebanyak RMO. 15 bagi kenderaan kelas 1 yang melalui plaza tol Loke Yew dan Mines (arah Utara & Selatan).
Lebuhraya Besraya; manakala kadar tol bagi kenderaan kelas 1 dikurangkan daripada 0.1811 sen/km kepada 0.1666 sen/km bagi Lebuhraya LEKAS bagi sistem tol tertutup dan kadar tol kekal seperti sedia ada bagi sistem tol terbuka iaitu di Plaza Tol Amoan-gan
Kadar tol yang dikutip pada masa in adalah sebanyak RM2.00 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang melalui mana-mana plaza to Lebuhraya Besraya dan RM8.30 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya LEKAS.
Melalui penurunan kadar tol mulai 1 Januari 2023, kenderaan Kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya Besraya akan membayar RM1.85 sehala; manakala bagi pengguna yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya LEKAS akan membayar. RM7.80 sehala.