Kerajaan Selangor umum bantuan kehidupan sejahtera RM300 seorang

Oleh MHDAILY

Kerajaan Selangor umum bantuan kehidupan sejahtera RM300 seorang. Kerajaan Selangor pada November 2022 telah membentangkan Belanjawan 2022 berjumlah RM2.343 bilion merangkumi RM1.22 bilion atau 52 peratus bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.123 bilion atau 48 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.

Belanjawan Selangor 2022 membabitkan lima teras yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi, membangun masyarakat penyayang, mengukuhkan agenda kesihatan awam, mewujudkan persekitaran hijau serta mengoptimumkan digitalisasi di seluruh Selangor.

Salah satu bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2022 adalah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang bakal memberi manfaat kewangan sebanyak RM300 setiap bulan.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR (BINGKAS)

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) merupakan program baharu yang akan memberi manfaat kepada setiap keluarga yang layak dan terjejas di pasca COVID-19. Melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), kerajaan negeri akan memberi manfaat bantuan sebanyak:

Kadar bantuan: RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan

Kerajaan Selangor umum bantuan kehidupan sejahtera RM300 seorang

Kerajaan Selangor umum bantuan kehidupan sejahtera RM300 seorang

Kerajaan Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ini bagi meluaskan capaian dan menambah baik program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (Kiss-IT). BINGKAS boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.

SYARAT KELAYAKAN

Rakyat Selangor yang bakal menerima manfaat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini merupakan penerima BSH/ BPR di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000.

Warganegara Malaysia

Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih dari 10 tahun

Pemilih berdaftar di negeri Selangor

Pendapatan isi rumah bawah RM2,000

TARIKH PERMOHONAN

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Februari 2022, Program tersebut belum bermula kerana dalam penyelarasan fasa akhir.

Maklumat lanjut berkenaan syarat kelayakan serta panduan permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) akan dikemaskini semula setelah mendapat makluman baharu dari kerajaan negeri.

BACA:

Tak sampai sebulan, Aeril Zafrel nak jual Lamborghini hadiah dari Wawa, “kereta sewa kot..”

Wanita redha adik kandung sendiri kahwin bekas suaminya

Leave a Comment