Kerajaan sediakan pakej bantuan khusus untuk wanita, semak di sini

Oleh MHDAILY

Kerajaan sediakan pakej bantuan khusus untuk wanita, semak di sini. Kementerian Kewangan di portalnya harini mengumumkan pakej bantuan khusus untuk para wanita yang minat berniaga.

Pakej ini dikira mampu untuk membantu wanita meningkatkan jualan disamping naikkan taraf ekonomi keluarga masing-masing.

Apakah itu MyKasih Kapital?

MyKasih Kapital adalah insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk bantuan modal perniagaan berskala kecil.
Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship dan lain-lain perniagaan.

Peserta yang memohon akan menjalani proses saringan sebelum diberi bimbingan melalui pelbagai aktiviti dan program keusahawanan yang dianjurkan dengan kerjasama rakan-rakan strategik KPWKM dan YKN yang dijalankan melalui platform atas talian dan juga secara bersemuka.

Kerajaan sediakan pakej bantuan khusus untuk wanita, semak di sini

Pemohon akan menerima geran ini secara one-off sahaja berjumlah RM500

Objektif MyKasih Kapital adalah untuk:

Memperkasa ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik COVID-19 melalui bantuan perniagaan;

Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera bagi memulakan perniagaan;

Pendekatan mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

Siapakah layak untuk memohon MyKasih Kapital?

Sasaran penerima bagi pelaksanaan program MyKasih Kapital adalah kepada wanita yang terkesan dengan pandemik COVID-19, termasuk ibu tunggal
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;

Golongan wanita sahaja;

Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga;

Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian;

Wanita yang mempunyai suami yang tidak berkeupayaan mencari nafkah disebabkan masalah kesihatan;

Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan.

Bagaimanakah untuk memohon MyKasih Kapital?

Tidak menerima permohonan baru untuk tahun 2022

BACA:

Menitis air mata Aliff Syukri bila diumum pembayar zakat Selangor terbesar

Kerajaan perkenal Bantuan Kanak-Kanak, dapat tunai sehingga RM1,000, mohon sekarang!