Kerajaan Pas urus syarikat sawit pun sampai gulung tikar, nak bising isu THP

Kerajaan Pas urus syarikat sawit pun sampai gulung tikar, nak bising isu THP

TH dulu jual aset, TH dapat diselamatkan. Bukan saja selamat, malah TH untung lebih banyak. Dulu bawah BN, TH rugi RM4 bilion, bila PH mentadbir 22 bulan terus untung RM1.6 bilion.

Sebab apa boleh untung? Strategi yang tepat dan ketelusan pengurusan. TH buat penstrukturan semula aset. Aset yang tak perform, TH cash out dan laburkan ditempat lain yang lebih menguntungkan. Ini yang orang PAS tak reti.

Sebab itu anak-anak syarikat kerajaan PAS Kelantan asyik rugi je. Sebab mereka yang dilantik menerajui anak-anak syarikat kerajaan negeri dilantik di kalangan kroni.

Kita ambil contoh bagaimana Kerajaan PAS mengurus syarikat PMBK Sawit. Oleh kerana tak reti nak turn around syarikat, PMBK tak mampu bayar hutang. Tanah-tanah PMBK kemudian dilelong oleh bank sebagai kreditor. Kerajaan PAS Kelantan tak ada pilihan, terpaksa tutup operasi. Para pekerja kehilangan pekerjaan. Tanah milik anak syarikat tergadai kena lelong oleh bank.

PMBK Sawit pun terus jadi arwah, hilang tanpa kubur. Inikah yang mahu dibanggakan oleh pemimpin PAS sehingga mereka tanpa malu mahu memfitnah pihak pengurusan TH semasa dibawah pentadbiran PH.

Sekiranya pihak pengurusan TH ikut cara PAS Kelantan mengurus syarikat, itulah mungkin yang akan terjadi kepada banyak anak-anak syarikat TH. Nasib baik PH berjaya selamatkan TH walaupun dalam tempoh yang singkat.

Sebagai rakyat beragama Islam, kita sangat bersyukur dengan apa yang telah dilakukan oleh TH dalam tempoh 22 bulan tersebut.

Sumber :

COMMENTS