Kerajaan lulus akta boleh gugur kandungan jika pasangan izinkan

Oleh MHDAILY

Kerajaan lulus akta boleh gugur kandungan jika pasangan izinkan. Kerajaan Jepun bakal meluluskan undang-undang baharu yang membenarkan pengambilan pil gugur kandungan namun dengan keizinan pasangan, lapor laman berita Wion News, kelmarin.

Di bawah undang-undang sedia ada iaitu Undang-Undang Perlindungan Kehamilan 1948, keizinan pasangan adalah diperlukan sebelum seseorang wanita menjalani pembedahan menggugurkan kandungan namun dengan sedikit pengecualian.

“Secara prinsip, kami percaya bahawa keizinan pasangan adalah perlu meskipun jika proses pengguguran dilakukan menerusi ubat-ubatan yang dimakan,” kata kata seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Jepun, Yasuhiro Hashimoto.

Sementara itu, seorang ahli pengasas bagi Tindakan bagi Pengguguran Selamat Jepun, Kumi Tsukahara berkata, keizinan pasangan menjadi satu isu utama apabila berlakunya pertikaian mengenai kehamilan yang tidak diingini.

“Ia menjadi masalah apabila berlakunya pertikaian dengan pasangan atau sama ada pasangan memaksa seseorang wanita itu untuk hamil di luar keinginannya.

Kerajaan lulus akta boleh gugur kandungan jika pasangan izinkan

“Bagi wanita, apabila mereka dipaksa untuk hamil oleh pihak lain sedangkan diri sendiri enggan bertindak demikian, ia merupakan sejenis seksaan,” ujarnya.

Beberapa kes berlaku di Jepun sebelum ini di mana doktor enggan meluluskan proses pengguguran kehamilan dalam kalangan wanita yang diperkosa.

Ia sekali gus memaksa para pegawai Kementerian Kesihatan untuk menulis surat kepada Persatuan Perubatan Jepun bagi menjelaskan bahawa kelulusan tidak diperlukan bagi kes-kes rogol.– Agensi

BACA:

Orang ramai kantoikan jenama disebalik pizza Wak Doyok, “tertanggal sticker pulak..”

“Saya tidak akan lewatkan pilihanraya walau sesaat pun” – PM

Anak Zahid akui sudah lama baik dengan keluarga Anwar, “dia sweet orangnya”

Leave a Comment