Kerajaan Kedah sumbang peruntukan kepada SJK Cina dan Tamil sahaja

Oleh SURIANI HAMDAN

Sebanyak 21 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil di negeri Kedah telah menerima sumbangan kewangan daripada Kerajaan Negeri Kedah.

Jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM150,000 itu melibatkan 15 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina,

Dua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina, serta empat SJK Tamil.

Setiap sekolah menerima antara RM5,000 hingga RM10,000, yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada

Majlis yang berlangsung di Wisma Darul Aman, hari ini.

Kerajaan Kedah sumbang peruntukan kepada SJK Cina dan Tamil sahaja

Dalam ucapannya, Menteri Besar menjelaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap pendidikan untuk semua bangsa,

keturunan, dan agama. Menurut beliau, matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan individu yang baik, bertanggungjawab, serta membina masyarakat yang lebih baik untuk masa kini dan masa depan.

“Tak kira jenis sekolah, yang penting adalah usaha mendidik dan melahirkan insan-insan yang baik. Kerajaan negeri akan terus memberi perhatian dan sokongan penuh,” katanya.

BACA: Gara-gara tak derma pada Pibg, murid 3 hari tahan malu didenda

Leave a Comment