Kerajaan bimbang tak dapat bayar gaji 1.4 juta penjawat awam bulan ini

Oleh MHDAILY

Kerajaan bimbang tak dapat bayar gaji 1.4 juta penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri Baharu Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe memaklumkan negara itu kehabisan stok minyak petrol dan tidak memiliki wang tunai untuk mengimport bahan bakar.

Beliau berkata, pihak kerajaan juga tidak mampu membuat pembayaran kepada tiga kapal pengangkut minyak.

Ketika ini, katanya, kapal tersebut masih menunggu di luar pelabuhan Colombo bagi menunggu pembayaran selesai dilakukan sebelum menurunkan muatan tersebut.

“Kami kehabisan minyak petrol dan bekalan hanya mampu bertahan selama satu hari sahaja.

“Beberapa bulan akan datang akan menjadi detik paling sukar dalam hidup kita. Saya tidak mahu menyembunyikan kebenaran dan berbohong kepada orang ramai,” katanya.

Sri Lanka dilanda krisis ekonomi terburuk sehingga menyebabkan 22 juta penduduknya mengalami kesukaran mendapatkan makanan, bahan bakar dan ubat-ubatan.

Kerajaan bimbang tak dapat bayar gaji 1.4 juta penjawat awam bulan ini

Negara memerlukan AS$75 juta (RM300 juta) dalam pertukaran matawang asing bagi beberapa hari akan datang untuk membayar barangan import penting seperti ubat-ubatan.

Oleh itu, Wickremesinghe meminta rakyatnya bersabar dan berjanji akan mengatasi krisis ekonomi di Sri Lanka.

Jelasnya, pihak kerajaan juga kehabisan tunai untuk membayar gaji 1.4 juta penjawat awam bagi bulan ini akan beralih kepada pencetakan wang sebagai jalan terakhir.

“Ini bukanlah perkata yang saya inginkan. Saya terpaksa mengizinkan pencetakan wang bagi membayar gaji penjawat awam dan membayar barangan serta perkhidmatan penting,” katanya.

Beliau malah memberi peringatan tarif bahan bakar dan bekalan elektrik akan dinaikkan secara substansial.

Kerajaan juga akan menjual syarikat penerbangan nasional yang kehilangan pendapatan bagi mengurangkan kerugian.

Dalam pada itu, pemandu kereta beca yang merupakan pengangkutan paling popular dilihat beratur panjang di stesen minyak di kawasan ibu negara.

Seorang pemandu, Mohammad Ali memberitahu, penantiannya hanya sia-sia setelah beratur panjang selama lebih enam jam.

Seorang lagi pemandu, Mohammad Naushad berkata, stesen minyak yang dikunjunginya juga kehabisan minyak petrol.

“Kami berada di sini sejak pukul 7 pagi, dan belum pasti sama ada bekalan minyak masih ada atau sebaliknya.

“Tiada siapa akan tahu bila bekalan minyak akan tiba,” luahnya.

BACA:

Krisis makanan makin parah, rakyat sekolahkan Menteri dan timbalan hanya sibuk kongsi politik di FB

Rasuah RM2.8 juta : Pendakwaan tutup kes Bung Mokhtar, Zizie Izette

Wan Fayhsal kempunan Pas tak beri laluan padanya bertanding di Bagan Serai

Leave a Comment