Nak makan kesemuanya limau mandarin yang berkotak-kotak di rumah memang tak mampu.
Apa kata manfaatkan ia kepada hidangan lauk-pauk seperti resepi kerabu limau mandarin ini.
Menurut Joanna Johan, rasa hidangan ini seakan somtam iaitu masam-masam manis dan pedas!
Dah ada menu menarik dan unik untuk dicuba menggunakan limau mandarin, tidaklah membusuk sehingga membazir.
Jom lihat resepi kerabu limau mandarin di bawah.
Pernah nampak kerabu tembikai dekat MAHN ini. Pernah cuba kerabu limau mandarin?
Pada yang dapat banyak orang bagi itu (boss bagi) cuba buat lauk sedap tau. Rasa ala-ala somtam. Dekat rumah ini sekotak tak habis lagi huhu. Sedap masam-masam manis ala thai.
Bahan-bahan sayur:
Limau mandarin dipotong
Timun dihiris mancis
Bawang besar hiris
Tomato
Kacang panjang
Daun ketumbar
Sedikit kacang disangai
Bahan tumbuk:
Sedikit udang kering rendam sekejap
Cili api ikut kepedasan
Sebiji bawang putih
Cara penyediaan:
Semua itu tumbuk halus.
Selepas itu masukkan gula sedikit.
Perahkan limau nipis.
Sesudu besar sos ikan/kicap sotong
Gaul bahan tumbuk dengan sayur.
Taburkan kacang yang ditumbuk kasar.
Siap. Sedappp! Tak percaya cubalah buat.