”Hari ini tular sebuah video berdurasi 1 minit 45 saat yang menunjukkan seorang profesor
Yang menunjukkan mengajar di Universiti Teknologi MARA menempelak kasar seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba.
Menerusi video tersebut, dia yang dilihat sedang mengajar secara dalam talian bertanyakan soalan kepada pelajar dan kemudiannya seorang pelajar menjawab.
Namun jawapan yang diberikan itu tidak tepat sehinggalah pensyarah tersebut bertanya kepada pelajar itu apa yang digunakannya.
Pelajar tersebut menjawab yang dia tidak mempunyai komputer riba lalu menjawab pertanyaan kasar tentang keberadaan ibu, ayah dan juga adik beradik pelajar tersebut.
Pelajar lelaki yang berasal dari Seremban itu menjawab soalan tersebut satu persatu menyatakan yang ibunya sudah tiada manakala ayahnya pula tidak bekerja dan dia ada adik beradik lain.
Tak semua orang lahir dalam keadaan yg terus senang. Bila ada sorang prof dari uitm perak kampus seri iskandar cakap mcm ni dekat kami ex-stud, kami semua masih rasa terhina dan terkesan dari setiap kata kata dia. Korang nilai lah sendiri… #kpt #uitm pic.twitter.com/Cd3tXEnjMC
Bantu kami untuk dapatkan maklumat pelajar tersebut. https://t.co/09WaZEFIxz
— Syamil Luthfi (@Syamil_Luthfi) March 29, 2022
“Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas pergi jual gelang emas, pergi beli komputer. Sebab itu kau tidak boleh belajar dengan baik sebab engkau tidak ada komputer.
“Lepas ni akan ajar engkau excel, pasal itu engkau akan jadi drop out student . Semester lima engkau tak ada komputer. Aku sanggup aku takde pakaian, aku ada lima helai sahaja pakaian, the most important the computer is very-very important .
“Hanya RM800 sahaja beli komputer, apa masalah kau. Pasal Itu Aku Tak Boleh Duduk Orang Dengan B40. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajar,” ucap pensyarah tersebut sebelum membuat seluruh kelas menutup fungsi kamera.
Difahamkan berdasarkan klip video tersebut, pelajar terbabit sudah berada di semester lima, namun tidak mempunyai komputer riba.
Klip video tersebut yang kini tular mengundang reaksi warganet yang marah dengan cara pensyarah tersebut yang menyoal dan mengherdik pelajar dengan kasar sehingga menyatakan ketidakselesaannya bersama golongan B40.
Kenyataan Prof dari UiTM dikecam netizen, “Tak boleh duduk dengan B40..”
Lebih menjadikan isu ini hangat kerana dia merupakan seorang pensyarah di sebuah institusi pendidikan yang diwujudkan untuk membantu pelajar bumiputera yang datang dari latar belakang kurang berkemampuan.
Setakat artikel ini ditulis, siaran video tersebut yang dimuat naik pengguna Twitter @toraokun_ telah diulangkicau lebih 37 ribu kali.
Berikutan tularnya video ini, bekas Menteri Belia dan Sukan dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq memberikan reaksi.
Kajian kementerian pendidikan menunjukkan 1/3 pelajar di Malaysia tiada Laptop atau tablet.
Kadar keciciran pelajar sangat menakutkan
Mereka tidak memilih untuk terus miskin sampai tidak mampu untuk membeli komputer riba.
Dari menghina, lebih baik bantu mereka dapatkan laptop.
Dalam satu cipan yang dibuatnya di laman Twitter, “Kajian kementerian pendidikan menunjukkan 1/3 pelajar di Malaysia tiada Laptop atau tablet. Kadar keciciran pelajar sangat menakutkan. Mereka tidak memilih untuk terus miskin sampai tidak mampu untuk membeli komputer riba. Dari menghina, lebih baik bantu mereka dapatkan laptop.”
Selain itu terdapat juga petisyen yang disuarakan oleh Mahasiswa KEADILAN Malaysia yang menuntut Universiti Teknologi MARA dan juga Majlis Perwakilan Pelajar UiTM menjalankan siasatan dan mengenakan tindakan tatatertib terhadap penyarah terbabit.
Sehingga kini tiada lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh pensyarah berkenaan atau UiTM. Semoga perkara ini diselesaikan dengan baik dan menemui penyelesaian yang positif.
Masalah pelajar yang tidak mempunyai kemudahan seperti komputer riba atau tablet bukanlah perkara yang baharu. Sejak berlakunya proses pembelajaran dalam talian, isu keciciran dalam mempunyai dua alat elektronik ini telah meluas
Mempunyai komputer riba sebagai pelajar sangat penting bagi menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik.
BACA:Kalau dah jodoh, warga emas usia 110 tahun pun masih laku keras, nikah dengan wanita umur 55 tahun
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio