Kenapa ya? Selalu kita tengok tangki air je kena tinggi-tinggi? Rupanya ini sebabnya
Air merupakan keperluan terhadap mahkluk bernyawa di bumi tidak kira sama ada haiwan, tumbuh-tumbuhan mahupun manusia.
Umumnya, air kebanyakan digunakan dalam aktiviti harian orang ramai seperti membasuh baju, mandi, dan sebagainya.
Seperti yang diketahui, dua per tiga bumi terdiri daripada lautan. Namun, tidak semua air boleh digunakan untuk aktiviti seharian manusia. Oleh itu wujudnya pelbagai pusat tadahan air seperti empangan yang mampu menampung kuantiti air bagi penduduk di bumi.
Selain empangan, terdapat juga tadahan air lain seperti menara tangki air. Kebiasaannya, ia terletak di kawasan yang agak terpinggir daripada petempatan manusia dan agak tinggi.
Namun, pernah anda terfikir mengapa struktur binaannya dibuat tinggi? Jadi, untuk menjawab persoalan itu, mari kita ikuti lebih lanjut mengenai fakta disebalik pembinaan menara air ini.
Kenapa Menara Tangki Air Perlu Tinggi?
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, sebenarnya tangki air dibina tinggi bagai memastikan sistem tekanan air dapat berfungsi.
Hal ini kerana ketinggian tangki memainkan peranan penting terhadap daya tarikan graviti yang mencipta tekanan terhadap air untuk disalurkan tanpa menggunakan pam.
Tekanan ini akan menolak ke atas dan memenuhi tangki air.
Tekanan air ini diukur menggunakan unit paun per inci persegi (PSI) dengan alat pengukur khas yang digunakan oleh Syarikat Utiliti. Setiap satu kaki ketinggian air bertambah, maka ia akan meningkatkan tekanan air kepada 43 PSI.
Sebagai contoh, jika menara tangki simpanan air berada pada ketinggian 115 kaki dan pam rawatan tangki air menggunakan tekanan 50 lbs PSI untuk memenuhi tangki. Maka, pam tersebut perlukan tekanan 50 lbs PSI dengan 2.131 kaki Head in untuk memindahkan air dalam paip Loji Rawatan Air dan memenuhi tangki air.
Menerusi pengiraan ini, jurutera dapat merancang ketinggian dan kapasiti air dalam menara yang diperlukan bagi memastikan sistem tekanan air berfungsi.
Reka Bentuk dan Pembinaan
Untuk pengetahuan, pelbagai bahan digunakan untuk membina tangki air seperti keluli, konkrit, kayu, gentian kaca atau batu bata. Pada bahagian dalam ia juga menggunakan salutan bagi melindungi air daripada sebarang kesan bahan pelapik.
Tangki air sebenarnya dapat memastikan tekanan dan kadar aliran dalam keadaan stabil sekiranya berlaku kecemasan seperti pam rosak. Ia direka bagi membantu mengawal aliran, mengurangkan ketegangan dalam sistem dan menyimpan air untuk kecemasan.
Pembinaan tangki air ini juga bertujuan untuk mengekalkan air berada dalam keadaan bersih. Selain itu, ia mampu mengurangkan perkembangan bakteria untuk terus hidup.
Tangki Air Di Kawasan Beriklim Sejuk
Bagi negara yang beriklim beku atau dingin, air di dalam tangki berpotensi untuk membeku. Oleh itu, sistem pemanasan direka khas bagi memastikan air kekal berada dalam bentuk isipadu. Paip pusat akan dibina di bawah tanah ke bahagian bawah tangki yang dipanggil riser. Air dipam ke dalam dasar riser dan dibiarkan naik ke dalam tangki.
Kebanyakan saluran dibalut dengan pita haba yang ditutup dengan penebat dan diliputi aluminium.
BACA JUGA: Jangan Main Letak Je Kalau Nak Pokok Subur, Kenali Jenis-Jenis Baja Dan Penggunaannya
Selain itu, sistem pemanasan boleh dipasang di bangunan bersebelahan atau di lubang injap bawah riser. Oleh itu, air yang dipanaskan akan berkumpul di bawah riser. Semua haba yang terkumpul akan naik ke dalam tangki. Ia bertujuan untuk melambatkan dan mengawal pembekuan.
Bagaimana Tangki Air Diisi
Sebenarnya mudah sahaja konsep air diisi atau disalurkan ke dalam tangki air. Bagi tangki air yang bertingkat adalah menggunakan pam elektrik di bawah tanah bangunan itu. Daya graviti pada isipadu air yang banyak mewujudkan tekanan yang diperlukan untuk mengagihkan air ke setiap paip.
Kebiasaannya, ia mengawal kedua-dua pengambilan dan pengeluaran dari kawasan simpanan air.
Memandangkan tangki simpanan air digunakan untuk mengawal tekanan dan aliran di seluruh sistem air, paip akan bertindak menyalurkan air ke dalam tangki apabila sistem mempunyai paras yang lebih rendah.
Secara tidak langsung, air tambahan akan disalurkan. Selain itu, tangki air juga dapat mengawal air daripada tidak terlalu penuh dengan mempunyai paip limpahan yang bertujuan untuk mengalirkan air dari tangki simpanan.
Kebanyakan tangki air yang dibina mampu menampung bekalan air terhadap penduduk selama 24 jam meskipun berlaku gangguan bekalan elektrik dan lampu tiada, air dari tangki simpanan masih boleh disalurkan.
Air yang bersih biasanya akan dipam ke menara tangki air untuk disimpan bagi penduduk di sekitar.
BACA: