Kenapa ya? 7 Eleven dekat Thailand lebih laku keras berbanding di negara lain?
Apabila bercakap tentang 7 Eleven di Thailand, pasti ramai daripada kita yang pernah ke sana akan sangat merindui kedai tersebut.
Dengan suasana yang berbeza, 7 Eleven seringkali menjadi persinggahan rakyat Malaysia ketika berkunjung ke negara gajah putih itu.
Berbanding 7 Eleven di Malaysia, kedai itu hanya kelihatan sama sahaja seperti kedai runcit acheh tetapi versi berhawa dingin.
Bukan itu jumlah cawangan 7 Eleven di Thailand lebih banyak berbanding Malaysia iaitu sekitar 12,000 kedai. Jadi boleh dikatakan 7 Eleven di Thailand lebih berjaya dan apa sebabnya?
1. Menjual Begitu Banyak Barang
Jika dilihat 7 Eleven di Malaysia, hanya beberapa barang sahaja dijual dan pelanggan tidak miliki pilihan yang banyak. Namun berlainan pula dengan 7 Eleven di Thailand kerana mereka seseolah berfungsi seperti pasar raya mini. Bermakna terdapat begitu banyak pilihan barangan untuk dibeli di 7 Eleven Thailand. Antaranya adalah burger dan kopi yang turut dijual di kesemua cawangan 7 Eleven Thailand.
Tambahan pula, Thailand merupakan negara bukan dan 7 Eleven tidak miliki halangan untuk menjual bermacam-macam produk walaupun status halalnya boleh dipersoal.
2. Kurang Persaingan
7 Eleven boleh dikatakan sebagai kuasa besar dalam sektor peruncitan di Thailand. Tiada lagi mana-mana rangkaian kedai runcit yang mampu mengganggu gugat 7 Eleven. Malah peruncit-peruncit kecil juga turut terkesan dengan 7 Eleven. Hal ini demikian kerana 7 Eleven tawarkan apa perkara sama tetapi dengan pendekatan lebih baik.
Berlainan pula dengan 7 Eleven Malaysia kerana terpaksa bersaing dengan MyNews, Speedmart, KK Mart, CU Mart dan FamilyMart yang lebih menarik perhatian rakyat.
3. Dasar Pemerintah
Biarpun Thailand seringkali dilanda oleh situasi politik yang sangat tidak menentu angkara sikap keterbukaan yang diamalkan, hal itu kurang memberikan kesan terhadap 7 Eleven. Ini kerana Thailand telah memberi kebebasan untuk rangkaian runcit seperti 7 Eleven untuk buat apa yang mereka suka.
Dasar pemerintah juga banyak memberikan keuntungan kepada 7 Eleven, apabila Thailand mewajibkan pasar raya besar mestilah dibuka sekitar 15 km daripada kawasan bandar
. Kawasan luar bandar pula tidak mendapat liputan daripada pasar raya besar.
Dekat sini 7 Eleven berfungsi dengan membuka banyak cawangan di kawasan luar bandar sebagai penyelesai masalah.
Strategi ini membolehkan 7-Eleven Thailand Tembus Masuk Laos.
Mahu tak mahu rangkaian pasar raya besar seperti Lotus dan Big C terpaksa melancarkan kedai runcitnya sendiri bagi melawan dominasi 7 Eleven di luar bandar.
4. Pelancongan
Di Thailand, 7 Eleven telah dijadikan sebagai salah satu tarikan untuk pelancong berkunjung ke negara itu. Macam mana tu?
Thailand merupakan sebuah negara yang miliki begitu banyak kawasan pelancongan begitu menarik. Jadi pembukaan 7 Eleven di kawasan pusat peranginan secara tidak langsung akan mengundang pelancong datang.
Produk-produk tempatan yang ditawarkan oleh 7 Eleven akan diperkenalkan kepada pelancong.
Dengan suasananya yang persis pasar raya, pasti pelancong tidak serik untuk datang sekali lagi. Buktinya, kita sendiri sering menjadikan 7 Eleven sebagai antara tempat singgahan utama.
Kesimpulannya, 7 Eleven di Malaysia bukanlah gagal tetapi tidak berjaya setanding dengan 7 Eleven di Thailand. Apa yang boleh kita semua boleh pelajari adalah manfaat kesemua kelebihan yang ada untuk menonjolkan potensi diri.
BACA: