Kenapa suami orang macam ‘goreng pisang panas’ jadi buruan wanita bujang, para isteri perlu pantau gerak geri suami!
Seperti yang kita sudah sedia ketahui, jumlah wanita di Malaysia hari ini sudah melebihi dari kaum lelaki.
Maka adakah ini menyebabkan punca mengapa wanita lebih berminat untuk menjadikan lelaki yang telah berkahwin atau suami orang untuk dijadikan teman hidupnya?
Adakah lelaki bujang sudah semakin berkurang di muka bumi ini? atau ada sebab yang lain.
Jika kita lihat dahulu, kalau ada wanita yang berkahwin dengan suami orang, dia akan dianggap wanita yang jahat tetapi sekarang berbeza pula trendnya. Masing-masing dengan cara sendiri dan rebut suami orang. ‘Coconut’ sangat sikapnya.
Timbul persoalan apabila melihat situasi ini yang semakin hangat diperkatakan ketika ini. Apakah sebabnya sebenarnya? ada ini sebabnya:
1. Lelaki yang lebih matang?
Suami orang ni sudah melalui pelbagai cabaran hidup dalam alam perkahwinan, tidak ada lagi perangai budak-budak yang macam lelaki bujang, adakah anda bersetuju dengan pendapat ini. Fikirkanlah sendiri.
2. Lebih stabil dari segi kerjaya?
Kebanyakan lelaki yang sudah berkahwin ni sudah memiliki kerjaya yang stabil dan tetap berbanding lelaki yang bujang. Mereka semua sudah ada kereta, dah beli rumah dan mempunyai aset tetap yang lain. Wanita ni lebih rasa selamat dan terjamin di masa akan datang dan tak perlu rasa risau lagi. Senang wanita ambil shortcut kan?
3. Hebat bermadah, mulut manis dan pandai berkata-kata?
Biasanya lelaki yang sudah berkahwin ni cukup pandai dan bijak berkata-kata sebab sudah banyak pengalaman bersama dengan isteri mereka. Bab pujuk memujuk memang dah khatam, maka tidak jadi masalah lagi untuk memikat wanita lain pula.
“Sayang janganlah merajuk, walaupun abang sudah ada isteri, abang janji tidak akan pernah mengabaikan awak, awak tetap istimewa di hati abang”
“Percayalah sayang, walaupun abang ni selalu sibuk, abang tak pernah lupakan awak, awaklah syurga cinta abang”
Nak muntah kan baca? begitulah contoh ayat ayat manis yang biasa digunakan.
4. Adakah suami orang lebih bertanggungjawab?
Lelaki yang sudah berkahwin dianggap lebih bertanggungjawab berbanding lelaki bujang. Diorang ni sudah biasa menolong isteri dalam menguruskan rumah tangga seperti beli barang kelengkapan rumah serta bersama-sama memastikan rumah dalam keadaan selamat dan selesa. Mereka sudah tahu apa keperluan seorang wanita dan tak perlu lagi ditunjuk ajar.
5. Wanita lebih rasa selesa?
Sebab utama wanita suka dengan suami orang kerana mereka lebih merasa selesa. Lelaki yang sudah berumah tangga ni lebih matang dan selalu menjadi pendengar yang baik. Jadi wanita bolehlah meluahkan perasaan dan berkongsi apa sahaja masalah dengan suami.
Mungkin faktor-faktor ini antara punca kenapa suami orang menjadi ‘goreng pisang panas’ yang menjadi buruan wanita bujang pada zaman ini. Ianya terpulang kepada pendapat anda masing-masing. Bagi lelaki yang sudah berumah tangga, ingatlah, perkahwinan dan membina bahtera rumah tangga bukan sekarang perkara keseronokan semata-mata.
Ia perlu dilengkapi dengan sikap tanggungawab dari segi nafkah zahir dan batin.
Perkahwinan juga adalah satu ibadah, maka tunaikanlah ia dengan penuh amanah dan jujur. Sekiranya merasa tidak mampu, kewangan pun tidak stabil, sekadar nak berseronok, lupakanlah hasrat untuk menambah lagi satu. Jaga isteri yang ada sebaiknya insyaAllah pasti akan beroleh ganjaran besar dariNya.
BACA;
Penumpang grab tiba-tiba melompat dari depan ke seat belakang, sekali ini yang jadi
Hanya hafal Al-quran kerajaan Negeri Sembilan beri elaun bulanan RM1000, ini syaratnya