Kenapa orang cina ada nama Inggeris di depan, amoi ini jelaskan sebabnya

Oleh SURIANI HAMDAN

Nama memainkan peranan yang penting kerana ia adalah yang akan dipanggil dan mewakili identiti kita.

Apabila sebut tentang nama, pasti ada yang pernah tertanya-tanya mengapa kaum Cina mempunyai dua nama berbeza

iaitu nama sebenar seperti yang tertera dalam kad pengenalan dan juga nama panggilan seperti nama dalam bahasa Inggeris.

Mungkin persoalan ini akan terjawab selepas anda menonton penjelasan daripada seorang TikToker, @lowsokying.

Menurut pengalaman Low Sok Ying, dia mengakui bahawa namanya sukar untuk dipanggil atau diingati oleh ramai orang.

Kenapa orang cina ada nama Inggeris di depan, amoi ini jelaskan sebabnya

Dia juga menyatakan bahawa namanya sering disalah eja, sama seperti individu Cina yang lain.

Atas faktor-faktor ini, ramai kaum Cina memilih untuk menggunakan nama Inggeris bagi memudahkan orang lain memanggil nama mereka.

@lowsokying Replying to @ladyroyal99 ♬ original sound – Low Sok Ying

Selain itu, terdapat juga kaum Cina yang beragama Kristian yang sememangnya menggunakan nama Inggeris sebagai nama rasmi.

Perkongsian beliau ini telah menarik perhatian ramai dan sekaligus menjawab persoalan segelintir netizen tentang dua nama berbeza.

Netizen turut mengakui bahawa nama panggilan dalam bahasa Inggeris lebih mudah diingati dan dikenali berbanding nama Cina.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa tidak menjadi masalah bagi mereka untuk mengingati nama sebenar individu Cina, malah lebih mudah untuk diingat berbanding nama kaum mereka sendiri.

BACA: Ringgit terus mengukuh, cecah RM4.11 berbanding 1USD