Kenapa mesin basuh automatik ‘front load’ asyik bergegar? Ini jawapannya
Mesin mencuci pakaian atau lebih dikenali sebagai mesin basuh boleh dianggap satu peralatan wajib ada di setiap rumah
Kewujudan barangan elektrik ini sangat membantu dalam urusan harian khususnya dalam mencuci pakaian kotor tanpa perlu menggunakan tenaga dan masa kita.
Kini, pelbagai jenama dan ciri yang ditawarkan oleh syarikat barangan elektik seperti mampu mengeringkan pakaian tanpa perlu menjemur di bawah sinaran matahari.
Tambahan lagi, kita juga mempunyai pilihan dalam membeli jenis mesin basuh termasuklah jenis front load.
Walau bagaimanapun, terdapat perkara yang perlu anda lakukan terlebih dahulu sekiranya membeli mesin jenis front load. Jika tidak, ia boleh, menyebabkan mesin basuh anda bergegar sewaktu digunakan.
Jadi, apakah perkara yang perlu dititikberatkan oleh mereka yang mempunyai mesin jenis front load ini? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian @hairulvcool di bawah.
Apa Punca Mesin Basuh Baru Dibeli Bergegar?
Dalam video berdurasi dua minit 26 saat yang dimuat naik di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Hairul menjelaskan kenapa perkara itu berlaku walaupun ia baru sahaja dibeli.
Difahamkan, mesin basuh jenis front load baharu kebiasaannya mempunyai rubber mounting yang masih belum dibuka pada bahagian belakang.
Tujuan Rubber Mounting
Mesin Basuh Baru Bergegar
Jelasnya, tujuan utama penggunaan rubber mounting digunakan adalah untuk tidak mahu mesin itu bergegar ketika dalam penghantaran dari kilang.
“Rubber mounting sebenarnya berfungsi ketika dibawa dari kilang, dia taknak bergegar-gegar, dia pasang,” katanya.
Akibat Tak Membuka
Akibat tidak membuka terlebih dahulu bahagian berkenaan, ia menyebabkan mesin basuh bergegar sewaktu membasuh pakaian.
@hairulvcool Ni kes naya orang tau! Korang take note ok! #fyp #washingmachine #refridgerator #membaikpulihmesinbasuhdanpetisejuk #DIYJE #kelasVIP #vfarmresort #hairulvcool ♬ original sound – Hairul Vcool
“Mesin basuh front load, selalu orang complaint bergegar. Haa ni saya bagi tahu sikit rahsia yang mesin basuh front load ni kita beli baru. Benda ni korang kena buka.
“So technician, tolonglah bila hantar mesin basuh front load kat rumah customer, korang buka benda ni.
“Dia ada rubber mounting dekat belakang ni. Ha nampak mesin sekarang ni tengah spin. Tapi bila ada rubber mounting, dia taknak bergerak.
“Bila kau tak buka, kau tengok sini, keras (sambil menekan bahagian dalam mesin), mati, macam kayu. So sepatutnya, benda ni kena buka. Lepas kita buka, tengok ni, barulah dia boleh ada suspension dia. Barulah dia tak bergegar,” katanya.
Elak Jadi Mangsa Tipu
Jelasnya lagi, dia menyarankan kepada penjual untuk mengingati pembeli agar membuka empat bahagian itu selepas membeli mesin basuh tersebut.
Perkara itu, itu juga dapat mengelakkan pemiliknya ditipu oleh tukang baiki yang tidak bertanggungjawab.