‘Kenapa menangis, nak mati ke?’ Tular video budak lelaki dipijak lutut di rumah amal GISB

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Tular di media sosial video berdurasi seminit 10 saat itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki, \

Dipercayai penghuni rumah kebajikan yang diserbu sepasukan polis dalam Op Global baru-baru ini, didera dengan kejam.

Video tersebut jelas menunjukkan kanak-kanak lelaki itu menahan kesakitan apabila ditindih dengan lutut

oleh seorang lelaki dewasa yang dipercayai penghuni premis tersebut. Hidung kanak-kanak itu turut ditutup sementara dia menangis teresak-esak.

“Kenapa menangis, nak mati ke?” kata pelaku dalam video itu.

'Kenapa menangis, nak mati ke?' Tular video budak lelaki dipijak lutut di rumah amal GISB

Tidak cukup dengan itu, video seterusnya memaparkan beberapa kanak-kanak lain dirotan lebih 10 kali oleh seorang lelaki, sementara mereka menahan kesakitan.

Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai video tersebut dan memaklumkan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

“Terdapat banyak lagi kes penderaan. Kami akan membuat laporan untuk memulakan siasatan berhubung kes ini.

“Saya akan meminta pegawai pasukan khas untuk membuat laporan mengenai perkara itu,” katanya.

BACA: ‘Orang yang rapat je tahu..’ Penyampai Radio dedah rahsia Fazura