Kenapa lantai rumah kayu zaman dulu ada lubang? Bagi senang nak ‘skodeng’ ke? Rupanya..

Oleh MHDAILY

Kenapa lantai rumah kayu zaman dulu ada lubang? Bagi senang nak ‘skodeng’ ke? Rupanya..

Ramai di antara kita yang tak dapat merasa suasana menetap di rumah kampung.

Kalau yang sempat merasa suasana tu anda sangat beruntung

Kenapa lantai rumah kayu zaman dulu ada lubang? Bagi senang nak 'skodeng' ke? Rupanya..
Tapi korang pernah perasan tak ada bahagian lantai yang lain sikit dari yang lain?

Kalau korang perasan, ada papan lantai yang akan disusun sedikit renggang berbanding yang lain. Dikatakan ini untuk membolehkan anak-anak membuang air kecil pada waktu malam jika mereka berasa takut untuk ke tandas yang kebiasaannya berada di luar rumah.

Bagaimanapun baru-baru ini tular sebuah video di Tiktok yang menerangkan tentang penggunaan lubang pada lantai rumah tersebut. Video berdurasi 1 minit 21 saat itu telah dikongsikan oleh pengguna bernama tenanghomes.

Menerusi perkongsian dalam video tersebut, difahamkan tujuan utama papan lantai disusun dengan aturan itu adalah untuk memandikan mayat. Lubang itu bertujuan untuk memudahkan laluan air dari atas rumah ke bawah agar air mandian tidak bertakung di atas.

“Biasanya rumah dulu-dulu ada satu lagi bahagian rumah mana lantai ini selang dia lebih besar daripada lain-lain biasanya dua atau tiga lantai ini selang dia lebih besar.”

“Pada masa yang sama juga, ruangan yang lebih pada lantai ini sebenarnya bagi tujuan untuk mandi mayat. Haa tu dia biasanya mayat akan dimandikan di dalam rumah dan air akan dialirkan melalui pembukaan seperti ini, itu sebabnya kebanyakan rumah memang ada lantai yang diselang lebih besar,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi kisah kali pertama mereka tersedar kewujudan lubang pada lantai rumah nenek mereka dan pengalaman mereka apabila menggunakannya.

Namun, menurut satu ciapan di media sosial Twitter ada yang menyampaikan pesan orang tua-tua mengenai air mayat yang berjujuran ke bawah rumah itu jangan dibiarkan sehingga bertakung kerana takut ada yang datang hirup air tersebut. Scary betul min baca part ni…

Apa pun, memang betul rumah tradisional ni sangat unik dan semua bilik di dalam rumah tersebut mempunyai kegunaannya sendiri…

BACA:

Teknik baru geng rewang department cuci pinggan, teknik basuh guna pasir curi tumpuan netizen

Rupanya ini ibu kandung Nabila Huda, dari pramugari sampai ratu cantik, ini 3 bekas isteri Amy Search ramai nak tahu