Manusia menghabiskan lebih kurang 8 jam setiap hari untuk tidur di atas katil. Bagi mengelakkan muka ditumbuhi jerawat,
kita digalakkan untuk menukar sarung bantal dan tilam seminggu sekali atau setiap dua minggu.
Namun, jangan ingat hanya tukar cadar dan sarung bantal sudah cukup untuk nampak kebersihan pada tilam yang kita gunakan setiap hari.
Disebabkan itu, kita juga digalakkan untuk sentiasa membersihkan tilam supaya kotoran dan kuman tidak membiak dan menjangkiti tubuh badan.
Tapi, kebanyakkan daripada kita agak malas untuk membersihkan tilam kerana mahunya sakit belakang nak angkat tilam yang berat itu.
Tahukah anda, sebenarnya ada cara yang mudah dan tidak memerlukan tenaga yang berat untuk membasuh tilam. Jadi, perkongsian ini sangat berguna untuk anda membersihkannya tanpa perlu angkat dan jemur.
Hanya menggunakan kain dan penutup periuk!
1. Sediakan satu bekas besar.
2. Tuang satu cawan pencuci lantai bersama satu cawan sabun cuci pakaian jenis cecair.
3. Tambahkan juga satu cawan pelembut pakaian supaya bau harum.
4. Masukkan satu sudu besar soda bikarbonat dan gaul sebati.
5. Ambil tuala bersih dan celup ke dalam bancuhan tadi.
6. Kemudian balut tuala tadi pada penutup periuk yang mempunyai tangkai dan gosokkan pada kawasan tilam yang kotor.
7. Ulang langkah 5 dan 6 beberapa kali sehingga kesan kotor tidak kelihatan.
8. Bila sudah bersih, buka kipas dan tingkap rumah untuk memudahkan permukaan tilam kering.
Ibu – ibu boleh menggunakan ‘trick’ ini untuk membersihkan tilam yang ada di rumah.
Baca : Berang suami terima poskad dari kekasih lama, nenek usia 71 tahun nekad tekup muka suami