Muhammad Raizal Azrai atau Azal ketika diusik ibunya tentang hubungannya dengan seorang wanita
asal Indonesia dikenali sebagai Rahmah mencuri perhatian netizen.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Zarina Zainuddin, 53, bertanya kepada Azal tentang kelakuannya yang kurang mesra dengan bakal isterinya itu.
“Kenapa awak tak romantik dengan Rahmah? Cakap-cakap saja pun tak boleh?
“Dah kahwin nanti Azal nak buat apa?” soalnya kepada Azal.
Azal jawab pertanyaan ibunya tentang layanannya terhadap Rahmah.
Menjawab perkara itu, Azal yang dilahirkan dengan masalah autisme memberitahu dia menjaga batas dengan Rahmah memandangkan mereka masih belum bergelar suami isteri.
Malah Azal juga memberitahu jika dia bermesra dengan Rahmah ia boleh mendatangkan dosa kepada dirinya.
“Sebab belum kahwin… Nak kena berdosa (dapat dosa) ke ibu?,” katanya.
Menurut Azal, 27, selepas mendirikan rumah tangga nanti barulah dia berani untuk memegang bahu dan perut Rahmah seperti pasangan suami isteri yang lain.
Dalam pada itu, Azal juga meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan namun masih belum ada tarikh yang sesuai.
“Pegang perut dan bahu… tak kahwin tak boleh,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Azal yang dikatakan lebih memahami ilmu agama.
Mereka juga menganggap kenyataan Azal merupakan satu tamparan buat mereka yang tidak menjaga batas semasa bercinta.
Zarina simpan hasrat ingin melihat Azal mendirikan rumah tangga.
“Ibu jangan suruh Azal berdosa tau… Anak syurga itu jawapan dia padu.
“Siapa belum kahwin kena contohi Azal. Dia lebih faham agama,” antara komen netizen.
Sebelum ini, Zarina mendedahkan Azal dan Rahmah pertama kali bertemu ketika sama-sama terlibat dalam festival jualan di Singapura namun hanya mula rapat sejak bulan lalu.
Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram miliknya, Zarina turut berharap agar Rahmah dapat membahagiakan anak lelakinya itu.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio