‘Kenapa awak ni ayam?’, Suami Fatin Afeefa perli Adam Shahz?

Oleh MHDAILY

‘Kenapa awak ni ayam?’, Suami Fatin Afeefa perli Adam Shahz? Pelakon Fatin Afeefa dan bekas suami, Adam Shahz telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam bagi menyelesaikan isu hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.

‘Kenapa awak ni ayam?’

Menurut sumber, mahkamah telah menetapkan semula tarikh sebutan berhubung kes tersebut pada 17 April hadapan.

‘Kenapa awak ni ayam?’, Suami Fatin Afeefa perli Adam Shahz?

Penetapan itu susulan daripada bantahan yang dibuat Fatin terhadap pindaan Adam, yang mana memohon agar dia diberikan hak untuk lawatan, bersama dan bermalam dengan anak mereka.

Dalam kekecohan mengenai hak penjagaan terhadap Ivy Sophia, suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang sempat memuat naik satu IG Story memberitahu bahawa dia telah menemani isterinya ke mahkamah tetapi perbincangan tersebut dikatakan hanya berlangsung sekitar satu minit sahaja.

Jadi hari ini saya bangun pagi pergi mahkamah dengan isteri. Masuk mahkamah seminit je lepas tu keluar balik.

Aliff yang mesra dengan panggilan Opai seakan memerli mengapa wujudnya lelaki seperti ‘dia’ di dunia. Meskipun tidak menyebut nama, tetapi kapsyen yang ditulis Opai di video tersebut seakan memberi gambaran siapakah individu yang dimaksudkannya.

Tak faham, kenapa ada lelaki macam ni wujud dekat dunia ni. Kenapa awak ni ayam?

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy. Selain Ivy, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Pada 30 Disember 2022, Fatin dan Aliff bergelar suami isteri, dalam majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Putra Glass Hall, Subang Jaya.

BACA:

“Siapa jadi menantu saya, saya tak halang” Ini 3 syarat Fauzi Nawawi kalau nak mengorat anaknya, apa lagi gais berani cubalah

“Kenapa awak buka buku pink lambat? Awak tak tahu ke awak pregnant?”, sekali wanita ini buka cerita sebenar pasal suaminya