Kenapa ada lipas boleh terbang, ada lipas tak boleh terbang? Tapi bila dia terbang ramai lari, ini fungsi sebenar sayap kipas ramai nak tahu
Lipas sememangnya akan mencetuskan rasa panik pada segelintir orang yang fobia sekiranya ternampak serangga ini.
Jika terjumpa dengan lipas yang biasa pun boleh mencetuskan rasa takut, apatah lagi dengan lipas yang berkebolehan terbang.
Untuk mengurangkan fobia anda dengan serangga ini, anda perlu kenali terlebih dahulu jenis-jenis lipas yang boleh terbang dan tidak boleh terbang. Berikut adalah jenis-jenis lipas yang boleh terbang dan tidak boleh terbang:
Lipas yang boleh terbang:
Menurut ORKIN, spesis ini lazimnya menggunakan sayapnya untuk melungsur. Saiz lipas dewasa jenis ini boleh mencapai sehingga 50mm (3 inci) panjang. Warnanya pula adalah merah keperangan. Sebuah portal detikINET juga menyatakan bahawa spesis ini hanya boleh terbang dengan jarak pendek sahaja.
Smokybrown Cockroach
Menurut ORKIN, lipas jenis ini merupakan spesis yang paling berkebolehan terbang kerana mempunyai sayap yang merangkumi bahagian badannya. Saiz lipas ini juga boleh mencapai sehingga 38 mm panjang. Lipas dewasa bagi spesis ini mempunyai rupa yang berkilat dan berwarna hitam. Lipas ini juga aktif di waktu malam.
Lipas jantan yang boleh terbang lazimnya akan tertarik dengan cahaya.
Lipas yang tidak boleh terbang:
Lipas dewasa jenis ini sangat mudah dikenali warna coklat atau tan berwarna gelap serta dua garisan hitam yang menjalur di bahagian belakang kepalanya. Saiz dewasa lipas ini pula boleh mencapai sehingga 13-16 mm. Walaupun spesis ini mempunyai sayap, ianya jarang terbang dan lebih memilih untuk berlari.
Oriental Cockroach
Jantan: Saiz bagi lipas jantan jenis ini boleh mencapai sehingga 25 mm panjang secara maksimum. Sayapnya pula hanya tiga suku panjang daripada badannya. Warnanya pula adalah hitam berkilat hingga coklat kemerahan.
Betina: Saiz bagi lipas betina jenis ini boleh mencapai sehingga 32 mm panjang secara maksimum. Lipas ini pula tidak bersayap. Manakala warnanya pula adalah hitam berkilat hingga ke coklat-kemerahan gelap.
BACA: