Kenali hakim-hakim rayuan akhir Najib, bebas atau masuk penjara?

Oleh MHDAILY

Kenali hakim-hakim rayuan akhir Najib, bebas atau masuk penjara?. Rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak akan didengar panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Turut bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Nalini Patmanathnan, Datuk Mary Lim Thiam Suan serta Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Najib merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lalu, yang mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan menyalahgunakan kuasa dan tiga tuduhan pengubahan wang haram dana SRC International.

Terdahulu, Najib tiba di Istana Kehakiman menaiki kereta Mercedes Benz diiringi polis dan pasukan pembelaan.

Kenali hakim-hakim rayuan akhir Najib, bebas atau masuk penjara?

Suasana di perkarangan Istana Kehakiman lengang walaupun sekumpulan penyokong bekas Perdana Menteri itu dilihat hadir bagi memberi sokongan.

Kawalan keselamatan di sekitar kawasan mahkamah diperketat dengan kehadiran anggota polis, manakala pagar besi turut ditempatkan di semua pintu keluar dan masuk Istana Kehakiman.

Petugas media yang hadir seawal jam 7 pagi dan ingin mengikuti prosiding rayuan diminta mendaftar diri dan hanya dibenarkan masuk ke dalam mahkamah kira-kira jam 8.15 pagi.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang baru dilantik sebagai peguam utama Najib tiba bersama dua peguam lain pada jam 7.57 pagi dan ketika disapa oleh pihak media mengenai perasaannya pagi ini, Hisyam menjawab: “Excellent (baik)”.

Beberapa penyokong Najib kemudian dilihat hadir bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu dengan memakai pengikat kepala.

Pada jam 9.10 pagi, kenderaan yang membawa Najib dilihat tiba di Istana Kehakiman dengan diiringi polis dan pasukan pembelaan.

BACA:

Toyota Vios baharu mengancam habis, harga hanya RM67k!

Nassuruddin Daud terlibat kemalangan nahas di Mesir, patah kaki kanan