Kena ‘prank’ dengan catering tak sampai-sampai, keluarga pengantin terpaksa masak sendiri

Oleh MHDAILY

Kena ‘prank’ dengan catering tak sampai-sampai, keluarga pengantin terpaksa masak sendiri. Sebuah majlis perkahwinan bertukar menjadi panik apabila keluarga pengantin terpaksa bergotong-royong menyediakan hidangan lauk kenduri gara-gara pihak katering tidak menghantar makanan pada hari kejadian.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna media sosial, Ajan Reduan yang memaklumkan kejadian tersebut berlaku ketika majlis perkahwinan sepupunya.

“Pergi rumah sepupu kahwin, katering tak hantar makanan dan semua keluarga bertungkus-lumus masak sendiri apa yang patut, kesian,” katanya.

Menurut pengguna tersebut, pihak pengantin telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku kerana mereka telah menanggung kerugiaan yang besar akibat ditipu pihak katering sehingga menyusahkan ramai pihak.

“Laporan polis dah dibuat, semoga tabah,” jelasnya.

Kena 'prank' dengan catering tak sampai-sampai, keluarga pengantin terpaksa masak sendiri

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan ada juga pengguna lain berkongsi pengalaman yang hampir sama.

“Saya pun pernah kena tipu dengan katering, perjanjian masak untuk 500 orang makan, tapi baru satu jam majlis berlangsung, lauk semua dah habis, macam buat untuk 100 orang sahaja, tak masuk akal langsung,” kongsi Amirah.

“Memang kena selalu ‘update’ dengan pihak katering setiap masa, lagi-lagi bila dah dekat majlis, setiap hari mesej ingatkan, biar mereka lebih peka,” pesan Asyura Haiza.

BACA:

Tular wanita guna produk penyembur untuk bayi tidur, “senang mak-mak lepas ni..”

“Nampak gelek dekat Tiktok okay je..”, orang ramai persoal isteri Caprice kena sihir

Dakwa gaji RM2,800 boleh beli X50, pembantu jualan ini dikecam

Leave a Comment