Tular di media sosial mengenai laporan sekumpulan rakyat Malaysia dan beberapa pelancong dari negara jiran yang menjadi mangsa peras ugut
sehingga jumlah keseluruhan kerugian mencecah lebih RM9 juta, termasuk sekitar RM200,000 yang dilaporkan oleh rakyat Malaysia.
Menurut laporan terkini, pihak polis Indonesia telah menahan 18 anggotanya yang disyaki terlibat dalam kes peras ugut
Terhadap pengunjung festival Muzik Djakarta Warehouse Project (DWP) pada 15 Disember lalu.
Kebimbangan Keselamatan
Susulan kejadian tersebut, seorang netizen tempatan meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kredibiliti pihak berkuasa Indonesia, yang didakwa sering mengambil kesempatan ke atas pelancong, terutamanya dari Malaysia.
“Sejak dulu dan akhir-akhir ini, ramai pelancong Malaysia diperas ugut oleh pihak imigresen dan kastam Indonesia. Mereka meminta ‘tip’ sebelum mencop pasport,” dakwa seorang pengguna di sebuah kumpulan Facebook.
Netizen itu turut mendakwa isu ini berlaku akibat kebencian sesetengah pihak di Indonesia terhadap rakyat Malaysia secara khusus.
Pengalaman Peribadi Pelancong
Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi, dengan ramai netizen berkongsi pengalaman mereka yang mendakwa menjadi mangsa peras ugut. Ada yang menyatakan pihak berkuasa di sana tidak segan meminta wang sebagai ‘sagu hati’ ketika bertugas.
Lebih mengejutkan, seorang netizen mendakwa pernah dituduh membawa dadah jenis syabu, walaupun tiada bukti ditemui selepas pemeriksaan barangan dan badan dilakukan.
Selain itu, ada yang berkongsi tangkapan skrin dari laman Facebook tempatan di Indonesia yang dipenuhi komen menghina dan menunjukkan kebencian mendalam terhadap rakyat Malaysia.
Seruan Boikot
Kes peras ugut ini serta pengalaman negatif yang dikongsikan oleh pelancong Malaysia sebelum ini telah mencetuskan seruan boikot untuk tidak melancong ke Indonesia.
Netizen meluahkan rasa tidak selamat dan meragui kredibiliti pihak berkuasa di sana, terutama dengan kehadiran anggota yang didakwa kerap mengambil kesempatan terhadap rakyat Malaysia, terutamanya pelancong yang bergerak secara solo.
BACA: Patutlah duit asyik hilang, ingatkan ada orang bela toyol, rupanya ayah buat tabiat lama balik!