‘Kena libas ketika rakaat pertama’ Tok Siak masjid ini undang kemarahan netizen

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Netizen meluahkan kemarahan mereka terhadap tindakan salah seorang siak masjid yang merotan kanak-kanak semasa solat Jumaat sehingga menyebabkan kesan berbirat.

Menurut perkongsian di laman X oleh Isu Semasa Viral, seorang pengguna Facebook telah memuat naik gambar

anaknya yang mengalami luka berbirat selepas dirotan oleh siak masjid semasa solat Jumaat.

“Ini kali pertama Afnan solat di masjid ini, tetapi dia mendapat pengalaman yang tidak menyenangkan

Rupa-rupanya sebelum siak itu masuk ke dalam saf, dia akan merotan secara rawak mana-mana budak sebagai amaran supaya

'Kena libas ketika rakaat pertama' Tok Siak masjid ini undang kemarahan netizen

budak lain tidak bising kerana dia risau jika selepas dia masuk saf nanti ada budak yang bising atau berlari-lari,” tulis pengguna Facebook tersebut.

Pada masa yang sama, siak yang terlibat telah meminta maaf di balai polis.

Melihat di ruangan balasan, rata-rata netizen tidak bersetuju dan berang dengan tindakan siak tersebut yang merotan kanak-kanak yang datang ke masjid semasa solat Jumaat.

Tindakan sedemikian boleh menyebabkan kanak-kanak berasa tawar hati dan takut untuk mengunjungi masjid kerana pengalaman yang kurang menyenangkan.

Menggunakan kekerasan untuk menegur kanak-kanak yang bermain atau membuat bising di masjid bukanlah cara yang sesuai, dan ahli masjid perlu mencari kaedah lain untuk mengawal kanak-kanak tersebut

BACA: ‘Usaha tak khianati hasil’ Dulu jual nasi lemak RM 1 belakang kereta, kini Bangsudu punyai restoran sendiri