Kemalangan ngeri acara basikal Sukan Komanvel, pelumba sampai tercampak kena penonton. Acara basikal trek di Sukan Komanwel Birmingham terpaksa dihentikan seketika selepas berlakunya kemalangan ngeri membabitkan beberapa orang pelumba pada saringan kedua kelayakan scratch 15km lelaki.
Terdapat beberapa pelumba yang terpelanting sehingga ke tempat duduk penyokong dan mengalami kecederaan, lapor Daily Mail.
Pelumba dari England, Matt Walls dilaporkan telah menerima rawatan selama lebih 40 minit sebelum dibawa pergi dengan ambulans, manakala rakan pelumbanya Matt Bostock pula dilihat turut diusung keluar.
Pihak British Cycling mengesahkan bahawa Walls dan Bostock telah dibawa ke hospital.
Dalam pada itu, beberapa orang penonton juga turut mengalami kecederaan selepas Walls dan basikalnya terpelanting ke bahagian atas penghadang ketika berada di selekoh tinggi.
Mereka semua telah dirawat oleh paramedik dan tidak memerlukan rawatan di hospital.
Berikutan perlanggaran itu, baki sesi perlumbaan di velodrom itu dihentikan seketika dan hanya satu perlumbaan pecut perlu dilakukan sebelum rehat.
Acara2 basikal trek yg lain terpaksa berhenti seketika selepas insiden kemalangan dlm Scratch Race sebentar tadi yg melibatkan beberapa orang mengalami kecederaan. Harap semua okay di sana.#cwg2022 #birmingham2022 #semangatmenyengat pic.twitter.com/qSIpR4mmjE
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 31, 2022
BACA:
Apa dah jadi dengan Engku Emran dan Noor Nabila?
Isteri tabligh luah perasaan, abai nafkahnya masa keluar dakwah, kahwin lain