Keluar juga ayat ni dari mulut Nurul Zahid selepas ayahnya jadi TPM. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini mengumumkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) I di bawah pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Malah, turut diumumkan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri II.
Berita itu membuatkan ramai terkejut dan sudah menyangka bahawa Zahid Hamidi dilantik sebagai TPM memandangkan tular kenyataan beliau mendapat sokongan di kalangan ahli Barisan Nasional.
Nurul Zahid syukur bapa jadi Timbalan Perdana Menteri
Terbaharu, anak perempuan kepada Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah meluahkan kesyukuran apabila bapanya dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri sebentar tadi.
Hantaran itu dihujani dengan ucapan tahniah atas lantikan Ahmad Zahid sebagai salah seorang orang kanan penting dalam pembetukan Kerajaan Perpaduan.
Terdahulu, Nurul memuat naik sebuah video mengenai ayahnya bersama penyokong Barisan Nasional (BN) sambil menulis kapsyen kata-kata semangat supaya tidak berputus asa.
“Orang sabar selalu menang. Orang tamak selalu rugi. Orang marah selalu kalah. Orang baik selalu diuji,”tulisnya yang diakhiri dengan emoji hati berwarna biru.
Lihat siaran ini di Instagram
BACA:
Suami buat ‘treasure hunt’ letak duit merata tempat sempena hari lahir isteri
“Ini ayah, bukan BF saya!” – Gadis letih nak tepis dakwaan sebab wajah muda bapa