nama aku nurul (bukan nama sebenar).. Tahun 2017, aku ada menyewa satu rumah ini.
Sebenarnya aku urgent mencari rumah sewa di satu daerah ini sebab aku dapat panggiIan tawaran terima bekerja dekat company A.
Rupanya company A sudah send by email yaa surat tawaran penerimaan kerja itu, tapi aku sendiri tak alert.
Sudah lah menganggur, tidak alert benda penting macam ini. So bila dapat call itu aku terus terimaa penawaran tersebut,
dan start bekerja pada awal bulan depan iaitu tinggal 2 hari lagi daripada sekarang.
So korang nampak kan kesuntukan masa dekat situ. Aku pun rushing mencari rumah sewa, kebanyakannya penuh. Cari punya cari dapat juga, dekat facebook. Aku pun call owner rumah untuk tanya kan soal kekosongan dan yaaa rezeki aku last minute, alhamdulillah ada satu kekosongan.
Difahamkan, nama saja rumah sewa tapi bayaran sewa bulanan, deposit ikut bilik. Sudahh macam sewa bilik pula, bil api air saja sharing. Owner serahkan pada penyewa paling lama untuk uruskan aku. Kiranya senior lah kan.So aku panggil dia, Kak Syidah (bukan nama sebenar).
Okayyy.. Nak jadikan cerita, aku sampai depan rumah sewa itu petang dalam pukuI 3 lebih, Kak Syidah balik kerja pukuI 5 tapi lewat sampai rumah katenya nak jumpa client, kebetulan penghuni lain pun tidak balik kerja lagi.
Aku decide keluar pergi makan dulu. Tunggu punya tunggu, Kak Syidah call bagitahu dia sudah dekat rumah. Jadi aku sampai rumah itu lepas mahgrib. Sampai depan pagar, gelapp.. Cuma ada cahaya samar samar dari dalam rumah.
Dalam hati terdetik, orang ini tak reti buka lampu ke? Kak Syidah pun sambut kedatangan aku, baru saja masuk rumah Kak Syidah bagitahu banyak lampu terbakar. So thats why rumah bergelap. Kak Syidah bagitahu lagi, dia sudah call owner tapi belum datang lagi. So aku okay saja..
Secara ringkasnya, dalam rumah itu ada 5 penghuni termasuk aku dan semua bekerja. Pekerjaan housemate aku boleh tahan pangkat tinggi ya. Level aku dengan mereka berempat ini, antara langit dengan bumi. Jadi aku fahamlah kenapa mereka balik rumah lewat malam.
Okay, aku pun dah penat, aku nak mandi dan rehat, sekali lampu bilik air pun terbakar juga.. Mandi lah aku dalam kegelapan itu. Masa ini aku tidak fikir apa – apa lagi.. Yang penting lepas mandi aku nak tidur. Keesokkannya.. haaaaa.. itu diaa…
Aku bangun pagi, tengok handphone, Kak Syidah hantar pesanan whatsapp mengatakan mereka bertiga sudah keluar pergi kerja awal subuh lagi. Tinggal aku dengan housemate seorang lagi. Jadi aku ambil kesempatan waktu pagi ini untuk buat “home tour” sambil berkenalan dengan housemate.
Keluar saja dari bilik, aku terpijak cairan coklat meleket.. Aku fikir ada air tumpah kawasan depan bilik aku tapi tidak dibersihkan. Start ini aku mula rasa tidak sedap hati. Rasa macam ada yang tidak beres. Bilik aku dekat dengan dapur, jadinya aku pergi dapur dulu.
Bersih sangat dapur rumah ini. Betul bersih, siap ada sesawang labah – labah, lantai berhabuk dan berminyak. Boleh bayangkan tak berapa lama mereka tidak masuk dapur. Aku terfikir macam mana mereka makan dan minum.
Tong sampah pun takda. Mesin basuh rosak. Cuma dekat ruang belakang ada beberapa batang penyapu yang patah. Peti sejuk? Ada itu depan bilik aku. Masa ini aku belum terdetik nak tengok peti sejuk yang berpintu satu itu.
Lepas ke dapur, aku ke ruang tamu. Alangkah terkejutnya aku dengan pemandangan keadaan rumah itu. Penuh dengan timbunan sampah bekas makanan dan minuman. Atas sofa, atas televisyen, meja, tong sampah hitam besar itu pun penuh yaa.
Ditambahkan lagi dengan timbunan plastik plastik sampah yang mengeluarkan bau yang tidak enak bersertakan cairan sampah yang meleleh dan ulat – ulat sampah di dinding juga lantai. Kenapa masa aku masuk semalam takda bau bau masam macam ini?
Kenapa takda terpijak sampah sampah ini? Macam salah masuk rumah pula. Aku berjalan dari bilik ke bilik sampai ke depan rumah (tempat parking kereta). Aku keluar tengok lantai penuh dengan rambut – rambut, longkang penuh dengan botol dan tin minuman, ada longgokkan sampah lagi.
Aku terus pergi bilik air, aku suluh guna torchlight handphone.. Aku nak munt4h bila tengok dalam bilik air itu. Lantai berlumut hijau. Sinki penuh sampah, pad kotor, kolah mandi pun penuh sampah. “Baldi besar” yang aku sangkakan airnya bersih, yang aku buat mandi bersihkan diri rupanya berlumut hijau.
Pembaca semua boleh bayangkan tak macam mana keadaan aku masa itu? Aku tinggalkan pesanan ringkas (whatsapp) pada Kak Syidah, aku nak keluar dari rumah itu. Aku tidak kisah deposit aku burn, asalkan aku keluar.
Aku terus packing barang. Sebelum tengahhari aku kena keluar dari rumah ini. Dah siap packing, masa nak keluar aku terpandang peti sejuk depan bilik aku.. Aku saja nak tengok dalam itu, tak sempat aku tarik pintu peti sejuk, aku terpandang pad yang masih ada sisa d4rah lagi yaaa guys kat atas peti tu. Terbatal niat aku nak buka.
Masa nak keluar, aku nampak pintu bilik utama terbuka.. Aku panjangkan leher untuk tengok keadaan bilik.. Astaghfirullah. Tarik nafas aku. Betul yaa.. Penghuni dari ner4ka itu wujud. Aku tidak boleh lagi dengan keadaan rumah ini, aku terus keluar.
Jadinya aku sewa dekat mana lepas itu? Aku cari rumah di taman sebeIah.. Alhamdulillah dapat. Penghuni ada 3 orang. Totally okay. Eventho satu bilik itu aku ternampak periuk berkulat tepi pintu, so far okay. Dia tak kacau orang dan tak buat bersepah dalam rumah, cuma dia dengan dunia dia dalam bilik dia sahaja. Alhamdulillah… Korang ada tak pengalaman macam ni? – Nurul (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Bunga Sakura : Memang wujud ya penyewa seperti ini. Penyewa rumah saya baru saja keluar rumah sebab tak bayar sewa 3 bulan dan bil letrik cecah 2k. Lepas dia orang keluar kami pegi tengok rumah macam nak pitam ya.
Semua perabot yang kami sediakan patah riuk, paip air sink tercabut. Sink tersumbat. Bilik air keduanya sumbat. Beranda tempat mesin basuh jugak sumbat yang masih tak selesai repair sampai sekarang. 2 pintu bilik pecah.
Sink bilik air pun dipecahkan. Paip dalam bilik air pun dicabut. Sawang sepenuh syiling. Sampai sekarang belum selesai ya nak selesaikan semua tu. Serik rasa nk menyewakan rumah lagi takut dapat lagi penyewa berbentuk ibIis dari ner4ka ni.
Noor Afzan Zamburi : Pernah ada pengalaman dapat housemate pengotor. Awal – awal masuk rumah tu, toilet bowl lumut kuning. Aku pulak ingatkan memang toilet bowl tu berwarna. Sebab selalu nampak yang warna putih bersih je.
Mane tau berkeladak rupanya.. pastu jenis basuh baju tak reti nak angkat (mesin basuh manual), pastu dia pergi rumah kakak dia, berendam la baju tu dalam mesin 2 hari.
Pastu biarkan bekas yang berisi makanan terdedah 3 hari. Sampai penuh berulat tupperware tu.. and yes, dia pergi balik rumah kakak dia jugak time tu. Muka je lawa tapi pengotor ya amat.
BACA: Tiba-tiba ‘FYP’ di media sosial ishowspeed, siapa sebenarnya dia ni?