Kelibat Jho Low dilihat berjalan di shopping mall

Oleh MHDAILY

Kelibat Jho Low dilihat berjalan di shopping mall. Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terbabit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa ‘merayau-rayau’ di pusat beli-belah di Macau.

Pendedahan terkini oleh wartawan yang juga penulis bersama buku ‘Billion Dollar Whale : The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and the World’, Bradley Hope, itu sedikit sebanyak menguatkan teori bahawa Jho Low yang berdepan saman AS$3.78 bilion atau RM16.82 bilion yang difailkan 1MDB dan empat anak syarikatnya itu, masih berada di China.

Sebelum ini, Bradley bersama seorang lagi penulis buku terbabit, Tom Wright, turut mendedahkan Jho Low dikesan di Disneyland Shanghai berdasarkan maklumat didakwa diterima daripada sumber kerajaan Malaysia.

Mengulas maklumat terkini, Bradley berkata keberadaan Jho Low di Macau itu berdasarkan maklumat dan beberapa foto diterimanya.

Katanya, foto dipercayai Jho Low dan beberapa pembantunya itu disalurkan penyiasat persendirian, memaparkan lelaki itu memakai baju berkolar warna jingga dan berseluar pendek, tetapi membelakangi kamera.

Kelibat Jho Low dilihat berjalan di shopping mall

Menurut Bradley, beliau turut ditunjukkan beberapa foto memaparkan imej Jho Low mendepani kamera, namun penyiasat persendirian berkenaan melarang beliau menggunakannya.

“Foto ini daripada penyiasat persendirian yang mengusahakan kes ini. Bagaimanapun, tidak jelas siapa mengupah penyiasat persendirian itu, sama ada mungkin kerajaan Malaysia atau perantara kerajaan Malaysia.

“Apa pun jelas sekali memang terdapat masa yang berbeza apabila Jho Low menjadi individu yang sangat dicari-cari susulan usaha untuk memperoleh semula wang (yang diseleweng daripada 1MDB),” katanya menerusi perkongsian Youtube bersama Tom menerusi episod keempat program ‘Di Mana Jho Low’.

Bradley menerusi ciapan di Twitter sebelum ini menyatakan Jho Low adalah kepingan terakhir ‘teka teki’ selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dihantar ke penjara dan menggesa orang ramai berkongsi maklumat keberadaan ahli perniagaan itu Low menerusi emel [email protected].

Mengulas lanjut, Bradley berkata, selain imej Jho Low, turut kelihatan tiga individu disyaki pembantunya di pusat beli belah berkenaan, dengan seorang daripadanya perisik warga China yang menjaga protokol keselamatan Jho Low.

BACA:

Wanita kena kecam rakam ‘maid’ cuci tandas

Selamat tinggal Zul Ariffin, bakal menetap di Mekah tahun hadapan

Penduduk gempar dengan penemuan fosil batang pokok kelapa terpanjang di dunia