Kelibat ‘bodyguard’ Najib masih setia dengan bossnya dipuji. Dua anak Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan penghargaan atas kesetiaan yang ditunjukkan bekas pengawal keselamatan bapanya.
Menerusi hantaran di Facebook Najib yang juga bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa dan Norashman menyifatkan Alias Yahya seorang sahabat sejati bapa mereka.
“32 tahun bersama kami sekeluarga. Uncle Alias Yahya, bekas pengawal keselamatan Daddy (Najib).
“Dia (Alias) la sahabat. Dia ikhlas, setia di sisi,” katanya.
Najib dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion pada Khamis.
Beliau pada Selasa lalu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 bilion setelah didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd.
Dalam pada itu, hantaran tersebut mengundang pelbagai komen dari orang ramai
“Kesetiaan dan persahabatan sejati,” kata seorang individu menerusi akaun FBnya yang bernama Hanafi Mamat di ruangan komen.
“ Kesetiaan itu tiada nilainya…terlalu berharga,” komen daripada satu akaun bernama Fahariyah Nordin.
BACA:
‘Henti tabur fitnah Rafizi’ – Dr Latiff
“Dulu tutup elok je”, netizen persoal Hanna Delisha pakai baju ‘bengkung’
Jawatan kosong besar-besaran dibuka, UMP tawar gaji sehingga RM20,592