Kelab MU pula guna suara Ryan Bakery, “smart wooo” – Satu dunia dah kenal!

Oleh MHDAILY

Kelab MU pula guna suara Ryan Bakery, “smart wooo” – Satu dunia dah kenal!. Siapa sangka, Ryan Bakery yang selama ini terkenal dengan lawak zaman sekolah nampaknya makin terkenal satu dunia apabila TikTok Manchester United guna sound suara dia dalam video.

Tular baru-baru ini apabila akaun TikTok rasmi kelab bola sepak gergasi Inggeris, Manchester United menggunakan “background sound” milik suara Tiktoker terkenal Malaysia, Ryan Bakery.

Dalam perkongsian di Tiktok, gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berkongsi semula detik indah mereka berjaya membolosi gawang Liverpool menerusi sepakan Jadon Sancho seawal minit 16 dalam perlawanan EPL baru-baru ini.

Seperti yang dimaklumi, jaringan awal Sancho itu berjaya membuatkan jutaan penyokong United di seluruh dunia tersenyum kembali selepas agak lama berduka lara meratapi kekalahan memalukan pada dua perlawanan awal liga sebelum itu.

Justeru berbalik kepada konteks, klip jaringan Sancho itu dimuat naik ke TikTok. Namun apa yang lebih menarik perhatian, background sound yang digunakan United bagi rakaman itu ialah suara Ryan Bakery dari Malaysia.

Kelab MU pula guna suara Ryan Bakery, "smart wooo" - Satu dunia dah kenal!

“Smart woo Sancho,” jelas kapsyen ringkas yang ditulis pada video yang dimuat naik di TikTok United itu.

@manutdSmart woo, Sancho. 🥶

♬ original sound – ryanbakery – 𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮

Video yang dikongsikan itu telah mendapat lebih 2.7 juta tontonan dan 345,000 tanda ‘Suka’ setakat artikel ini ditulis.

Tuan badan sendiri komen

Sementara itu, menjengah ke dalam ruangan komentar, terdapat pelbagai reaksi pengguna media sosial tersebut yang rata-ratanya cukup terhibur dengan suara Ryan Bakery.

Tapi apa yang lebih menarik, antara komentar paling tidak disangka-sangka ‘sampai’ ke situ adalah daripada ‘tuan badan’ background sound tersebut iaitu Ryan Bakery sendiri.

“Smart woo!!!” tulis Ryan di ruangan komentar hingga meraih hampir 50,000 tanda ‘Suka’. Selain itu, ada beberapa komentar lain yang turut menyusul di bawah.

@ryanbakery #fyp #rwyfb ♬ original sound – ryanbakery – 𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮

“Admin orang Malaysia ke ni,” kata Akim.

“Wey. Aku ingatkan phone aku rosak,” jelas Afwan.zz.

Difahamkan, rata-rata netizen terkejut dengan penggunaan background sound digunakan United – yang sinonimnya akan menggunakan Bahasa Inggeris, tapi sebaliknya suara orang Malaysia pula yang jadi pilihan.

Jika imbas kembali, background sound itu sebenarnya diambil daripada salah satu Ryan bersama kawan-kawannya yang ‘beraksi’ di padang sebagai budak sekolah.

Dalam video itu, kelihatan Ryan dan kawannya yang berpakaian sekolah sedang syok duduk di atas rumput melihat rakan mereka membuat aksi ‘lipat’ (bahasa kampung).

BACA:

Abang Viva terima pingat dari TYT Melaka

Lelaki nekad tanam Tesla Key dalam tangan, elak kunci hilang

Selamba je penyanyi lelaki ni cium BCL diam-diam, ‘terkejut dia weh’