Kejayaan Fattah Amin dapat 4 flat semester akhir di UUM jadi inspirasi. Abdul Fattah Mohd Amin atau nama gelarannya Fattah Amin, antara pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang memperoleh Anugerah Dekan dalam pengajian Industri Kreatif dan Seni Persembahan dalam Ijazah Muda dengan kepujian, semalam.
Tak sangka dapat 4 flat
Ketika ditemui Ohbulan!, Fattah berkongsi bahawa dirinya tidak menyangka untuk mendapat 4 flat pada semester akhir oleh kerana dia melalui fasa yang agak sukar sekitar 2017 dimana namanya sedang memuncak naik ketika itu.
Saya masih ingat saya sangat sibuk dengan berlakon drama dan untuk bahagikan masa kerja dan kelas itu tidak mudah. Tapi Alhamdulillah, saya bersyukur dapat habiskan pengajian dan menerima Anugerah Dekan. Sebenarnya saya pun tak sangka bila pensyarah bagitahu saya dapat 4 flat disebabkan jadual saya yang padat.
Fattah berkata demikian ketika di Majlis Penyampaian Anugerah Dekan di Hotel Royale Chulan, Damansara, semalam.
Selain Fattah, Tomok, Amir Masdi, Aril Pilus serta pelakon Pekin Ibrahim juga menerima Anugerah Dekan dan berjaya menamatkan pengajian dalam Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian.
Untuk rekod, Fattah mula menyambung pengajiannya (Ijazah Sarjana Muda) di Universiti Utara Malaysia (UUM) sekitar akhir tahun 2015 di dalam bidang Industri Kreatif.
BACA:
Gagal bayar ansuran kereta mewah, Man Kidal disahkan muflis
“Rasa pedih..”, babak Emma Maembong kena ‘ratah’ suami masa berpantang jadi kecoh!
Husam Musa calon parlimen Shah Alam ganti Khalid Samad?