Kegiatan wanita OKU jual gambar buah dada terbongkar lepas ahli keluarga sendiri langgan

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Dalam usaha untuk meraih wang dengan mudah, seorang wanita OKU dilaporkan sanggup

menawarkan konten ‘nakal’ dengan menggunakan buah dadanya sebagai daya tarik.

Menurut ciapan dari akaun BMVFM, seorang influencer OKU yang pekak dan bisu didakwa menjual konten lucah melalui akaun Telegram miliknya.

Wanita yang dikenali sebagai Manisah Manja dikatakan menggunakan siaran langsung di akaun TikToknya untuk menarik

simpati orang ramai sebelum memulakan modus operandi dalam meraih hadiah dengan menayang tubuhnya dan dipercayai turut mempromosikan saluran Telegram rahsianya.

Kegiatan wanita OKU jual gambar buah dada terbongkar lepas ahli keluarga sendiri langgan

Aktiviti tersebut terbongkar apabila salah seorang pelanggan konten Telegramnya adalah ahli keluarga terdekatnya.

“Bismillah, aku tak nak bersubahat. Manisah Manja, berhentilah buat ni,” kata ahli keluarga yang terlibat.

Difahamkan, wanita tersebut menawarkan konten eksklusif di Telegram dengan harga serendah RM50. Pelanggan yang melanggan akan menerima jemputan sebelum dapat mengakses sejumlah konten yang dihasilkan.

Susulan pembongkaran ini yang semakin viral di media sosial, ramai netizen melontarkan kata-kata kesat kepada wanita tersebut, termasuk di siaran langsung TikToknya.

Walaupun telah dimaki hamun, masih ada segelintir pengguna media sosial yang bersimpati dengan nasib wanita OKU ini.

Namun, ramai juga yang menggesa Manisah Manja untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

“Kak, Allah dah kurniakan akak bisu dan pekak supaya akak tidak berdosa mengumpat, tapi akak pilih untuk jual gambar di Telegram. Cukup-cukuplah kak,” tulis Putri Salsabela.

BACA: ‘Depan mata aku dan anak, suami kantoi bawa balik kawan aku sendiri masuk rumah, tidur sekali’