Penunggang itu mendekati motosikal yang dibawa oleh CH dan membuka periuk nasi yang ada bersama wanita tersebut.
Penduduk di Jalan Natuna, Ilir Barat I, Palembang, Sumatera Selatan dikejutkan dengan penemuan
seorang wanita yang membawa ratusan peluru hidup yang disimpan dalam periuk nasi.
Menurut Unit Siasatan Jenayah Polis Palembang Ilir Barat I, Apriansyah, wanita yang dikenali sebagai CH ditahan
oleh seorang penunggang motosikal lain selepas penunggang tersebut merasa curiga pada Isnin lalu.
Penunggang itu mendekati motosikal yang dibawa oleh CH dan membuka periuk nasi yang ada bersama wanita tersebut.
“Apabila periuk nasi dibuka, suasana menjadi kecoh apabila didapati ratusan peluru hidup disimpan di dalamnya.
“Kami mendapati terdapat 135 butir peluru kaliber sembilan milimeter,” katanya kepada Kompas.com.
CH, 47, akhirnya ditahan oleh polis Palembang untuk siasatan lanjut mengenai pemilikan peluru tersebut.
Apriansyah berkata, hasil pemeriksaan mendapati peluru-peluru tersebut adalah milik suami CH yang meninggal dunia dua tahun lalu.
CH mengaku membawa peluru itu kerana sedang menunggu suaminya dan keluarganya.
“Kami mengesyaki wanita ini mengalami tekanan kerana jawapan-jawapan semasa soal siasat banyak yang tidak logik.
“Dia mengatakan sedang menunggu suami sedangkan suaminya sudah meninggal dunia. Peluru itu adalah milik suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan,” tambahnya.
Difahamkan, sejak kematian suami, CH tinggal bersendirian di Sukarame, Palembang. Jirannya menyatakan wanita tersebut sering mengambil ubat penenang akibat kemurungan selepas kematian suaminya.
“Kami telah menggeledah rumah CH dan tiada barang lain yang mencurigakan ditemui,” katanya.
Apriansyah menyimpulkan bahawa CH bukan seorang pengganas yang akan melancarkan serangan di lokasi tertentu kerana tidak ditemukan sebarang objek berkaitan dengan organisasi pengganas.
BACA: ‘Cerita dalam podcast tu banyak ditokok tambah’ Jep Sepahtu tuju kepada podcast Shuib ke?