Kenderaan berat yang menggunakan tayar celup yang sudah uzur dan tidak selamat telah dikesan semasa Operasi Mengejut PUSPAKOM yang dijalankan serentak di seluruh negara oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pemandu lori ini menyedari risiko yang mereka hadapi, namun tetap memilih untuk menggunakan tayar yang berisiko meletup pada bila-bila masa.
Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, operasi ini bertujuan untuk memastikan
setiap kenderaan yang menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mematuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan.
Bercakap mengenai pemeriksaan yang dilakukan di PUSPAKOM Wangsa Maju, Muhammad Kifli memaklumkan bahawa dalam tempoh hanya dua jam,
pasukan penguatkuasa memeriksa 115 lori dan menemui beberapa masalah yang memerlukan pembaikan segera. Salah satu isu utama yang ditemui adalah penggunaan tayar celup yang sudah terlalu uzur, yang sangat membahayakan keselamatan di jalan raya.
“Sebilangan lori yang melalui pemeriksaan ini menggunakan tayar yang sudah tidak selamat. Kami bimbang jika ia terus digunakan, tayar tersebut boleh meletup pada bila-bila masa,” jelas beliau,
menekankan bahawa kenderaan yang dibenarkan berada di atas jalan raya masih banyak yang tidak memenuhi syarat keselamatan yang sepatutnya.
Muhammad Kifli menambah bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap kenderaan yang disita serta kakitangan PUSPAKOM yang telah meluluskan lori-lori yang tidak mematuhi standard keselamatan.
Penyelia dan kakitangan yang bertanggungjawab dalam pemeriksaan tersebut telah diarah untuk hadir ke Ibu Pejabat JPJ bagi disoal siasat. Satu kertas siasatan akan dibuka, dan maklumat terkini akan diberikan apabila siasatan selesai.
“Saya telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM dan beliau memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana kakitangan yang gagal menjalankan tugas mereka dengan betul,” katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa kes serupa mungkin telah berjaya dilepaskan pada masa lalu, namun pihaknya komited untuk memperkemaskan lagi prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
BACA: Ini 4000 bahan Kimia yang ada dalam asap rokok kepada perokok pasif dan penyakit yang dapat
1 thought on “Kegiatan PUSPAKOM terbongkar lepas diserbu JPJ, kantoi luluskan lori uzur”