Bagi peminat kopi mesti boleh bezakan setiap biji kopi yang digunakan, rasanya sebenarnya sangat berbeza.
Jika dilihat zaman sekarang, pelbagai benda dimasukkan ke dalam minuman dibeli hingga tenggelam rasa asli kopi tersebut.
Tular sebuah kafe bandar raya Ho Chi Minh selepas menjual secawan kopi pada harga 500,000 dong (RM87.32).
Menurut portal berita VnExpress, harga dinyatakan adalah untuk biji kopi Sudan Rume #00046.
Biji kopi tersebut adalah yang pilihan termahal disediakan dalam menu kafe tersebut disebabkan ia ditanam di ladang Café Granja La Esperanza, Colombia.
Wakil kafe itu menjelaskan bahawa Sudan Rume #00046 mahal kerana kos penghantaran dan cukai yang tinggi dari Colombia ke Vietnam, ditambah dengan biji kopi yang agak ‘rare’.
Mereka juga memastikan masa penghantaran terpantas untuk mengelakkan kerosakan dan mengekalkan kualiti.
Kakitangan Le Thuy Duong memaklumkan bahawa biji kopi ini berharga $120 (RM522.02) sekilogram. Setiap cawan 250 ml menggunakan 15 gram biji kopi.
Menurut Persatuan Kopi Buatan Sendiri (SCA), biji kopi Arabika mengandungi kurang kafein dan secara amnya lebih mahal.
Teruja untuk mencuba, pasangan suami isteri dari Singapura, Megan dan Nirga memilih untuk merasa kopi istimewa di Vietnam itu buat kali pertama.
Mereka memesan dua jenis kopi iaitu Finca Soledad Sydra dari Ecuador dan Sudan Rume.
“Saya tidak pernah melihat kafe seperti ini di Singapura. Ia pastinya satu pengalaman yang patut dicuba,” kata Nirga.