Suasana di laluan pejalan kaki di Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten menjadi kecoh seketika
selepas pengunjung mendakwa melihat dua ekor buaya tembaga ‘bertarung’ dalam kejadian pagi tadi.
Satu klip video juga tular yang memaparkan salah seekor buaya yang dianggarkan sepanjang dua kaki sedang berehat di bawah jejambat berkenaan.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Petra Sulai, menyatakan bahawa pihaknya
telah menerima aduan mengenai haiwan reptilia tersebut di kawasan itu dan pemantauan sentiasa dijalankan.
“Kami akan menyiasat aduan terbaharu ini dan anggota kami sentiasa melakukan pemantauan, termasuk memasang perangkap seperti di Sungai Malim, Kampung Gadong.
“Penduduk dan orang ramai diminta untuk berhati-hati dan tidak mengambil tindakan sendiri di kawasan yang didakwa terdapat buaya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.
Susulan itu, pihak Perhilitan bertindak memasang perangkap dengan berat hampir 200 kilogram (kg) bagi menangkap buaya berkenaan.
BACA: Selepas dikecam sejarawan Perancis, akhirnya Tourism Melaka buka mulut dedah apa sebenar yang jadi