“Selepas melahirkan, dia kembali dan menyelesaikan peperiksaannya.
Dia juga berjaya menyiapkan kertas Pengajian Sosial pada petang itu,”
Seorang pelajar berusia 13 tahun di Uganda melahirkan bayi lelaki semasa menjawab peperiksaan matematik,
Dan sempat menyelesaikan kertas peperiksaan yang lain.
Kejadian tersebut berlaku di Sekolah Rendah St Balikuddembe, Jalamba Ward, bandar Buwama pada hari Rabu lalu, menurut laporan Daily Monitor yang dipetik oleh Daily Star.
Guru Besar sekolah tersebut, Godfrey Ssemanda, memberitahu media tempatan bahawa pelajar itu mengadu sakit hendak bersalin semasa menjawab peperiksaan, tetapi diberikan tambahan masa selama 45 minit untuk menyelesaikan kertas ujiannya selepas bersalin.
“Dia memaklumkan pengawas bahawa dia ingin bersalin selepas 20 minit menjawab peperiksaan dan segera dibawa ke pusat perubatan terdekat.
Ssemanda menyatakan bahawa pelajar tersebut dikagumi ramai kerana mampu kembali dan meneruskan peperiksaan selepas sejam meninggalkan dewan peperiksaan untuk bersalin.
Sementara itu, jururawat Gorreti Nakachwa berkata bahawa pelajar itu melahirkan bayi seberat tiga kilogram secara normal dan tidak menghadapi sebarang komplikasi.
“Dia bernasib baik kerana tidak mengalami komplikasi dan kedua-dua ibu serta anak sihat,” tambah Nakachwa.
BACA: Bapa tergamak ikat pada kayu dan lumur madu pada badan, undang lebah datang menyengat