Kecoh lelaki didakwa murung nekad terjun Sungai Kelantan

Oleh MHDAILY

Kecoh lelaki didakwa murung nekad terjun Sungai Kelantan. Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas setelah bertindak terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra tengah hari tadi dipercayai mengalami kemurungan.

Memetik Utusan Malaysia, mangsa yang berusia 46 tahun itu didapati meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda Wave sebelum bertindak sedemikian sehingga dikhuatiri lemas.

Difahamkan, mangsa sering mengadu kepada isterinya bahawa dia sering tertekan dan murung, malah kemurungan dialaminya itu adalah sejak lebih setahun yang lalu.

Kata isterinya, sebelum kejadian, mangsa sempat menghantar anak bongsu mereka ke sekolah dengan berpakaian kemas serta memaklumkan akan terus bergerak ke tempat kerja awal pagi tadi.

“Saya terkejut apabila rakan-rakannya dan polis datang ke rumah dengan memaklumkan suami saya hilang selepas meninggalkan motosikalnya di atas Jambatan Sultan Ismail Petra.

“Sebelum ini, dia juga kerap memberitahu ingin terjun ke dalam sungai kerana jambatan itu merupakan laluannya setiap hari untuk ke tempat kerja dari rumah kami di Pasir Pekan ke Kota Bharu.

“Saya tidak mengambil perkara itu secara serius dan menasihatkannya supaya ingat keluarga selain jangan buat keputusan melulu.

Kecoh lelaki didakwa murung nekad terjun Sungai Kelantan

“Hari ini, saya tidak sangka dia hilang dengan meninggalkan motosikalnya di atas jambatan itu,” kata wanita berusia 42 tahun itu, memetik Utusan Malaysia.

Di samping itu, menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud, mangsa kelihatan mencurigakan sebelum bertindak terjun dari jambatan tersebut secara tiba-tiba.

Hal tersebut diperakui oleh saksi yang berada di sekitar lokasi kejadian, seperti yang dinyatakan Rosdi dalam satu kenyataan.

“Seramai 38 orang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam di kira-kira 500 meter dari lokasi mula-mula mangsa dilihat terjun.

“SAR ditamatkan pada pukul 5.45 petang tadi ekoran atas faktor keselamatan ekoran cuaca hujan dan operasi akan disambung semula pagi esok,” katanya.

BACA:

Wanita nekad rogol lelaki, “hanya mahu buktikan dia bukan gay..”

Fikry Ibrahim diganti dengan Aiman Hakim dalam Nusyuz Berkiblat Cinta cetus persoalan

Leave a Comment