Kecoh kewujudan lubang misteri sedut air tasik sampai kering, macam mana boleh jadi? Ini ceritanya

Oleh MHDAILY

Kecoh kewujudan lubang misteri sedut air tasik sampai kering, macam mana boleh jadi? Ini ceritanya.

Lubang misteri sedut air tasik hingga kering berjaya dirakam.

Terdapat sebuah tasik dikenali ‘Lost Lake’ di Oregon, Amerika Syarikat yang menyimpan misteri tersendiri.

Kecoh kewujudan lubang misteri sedut air tasik sampai kering, macam mana boleh jadi? Ini ceritanya

Pada musim gugur dan musim sejuk, tasik cetek yang terletak berhampiran jalan raya ini seperti kebanyakan tasik lain yang aman, bersih dan tenang.

Namun, setiap kali tiba musim panas, pengguna jalanraya yang melalui tasik ini tidak akan menemui perairan itu. Sebahagian tasik seluas 0.34 kilometer menghilang dan berubah menjadi padang rumput. Maka tidak hairanlah mengapa tasik ini diberi nama Lost Lake.

Sebuah video merakam momentum yang pelik, ketika air tasik Lost Lake disedut ke dalam lubang dengan diameter kira-kira 2 meter sehingga sebahagian dasar tasik menjadi kering. Penduduk tempatan di Oregon mengatakan, fenomena itu telah berlaku sejak sekian lama.

Ahli geologi menyifatkan fenomena itu adalah disebabkan landskap gunung berapi. Mereka percaya lava yang mengalir berhampiran permukaan tasik mengeras menjadi tiub lava. Bila tiba musim panas lava itu cair menyebabkan air tasik mengalir ke bawah.

Lubang misteri sedut air tasik hingga kering berjaya dirakam

McHugh Williamette dari National Forest bekata, pada akhir musim luruh, jumlah air di tasik melebihi kemampuan lubang yang ada di tasik itu untuk mengalirkan air, walaupun tiub lava sudah cair kerana hujan dan salji sering turun.

Apabila musim hujan berakhir, tasik sedalam 2.7 meter kehilangan sumber airnya. Dan air kemudian hilang meresap ke bawah tasik tersebut, kitaran ini berlaku setiap tahun.

McHugh mendakwa, air tasik mungkin meresap ke bawah permukaan tanah yang poros, masuk semula ke akuifer besar, seterusnya air yang sama muncul menjadi mata air.

Penduduk tempatan pernah berhasrat menutup lubang tersebut. Namun, niat itu terpaksa dilupakan ketika diberitahu, ia mungkin boleh menyebabkan penempatan penduduk dan pusat perniagaan berhampiran ditenggelami air.

Kata McHugh, Lost Lake adalah batu gunung berapi yang terbentuk 12,000 tahun yang lalu. Semasa batu muda terbentuk, batu itu dipenuhi dengan gelembung gas yang meninggalkan liang-liang ketika gas menguap ke udara.

Walau bagaimanapun, orang tidak selalu menghargai tiub lava. “Di Lost Lake, beberapa orang memasang lubang saliran dengan tidak sengaja dan juga membuang sampah ke tasik selama bertahun-tahun,” kata McHugh.

“Kami tidak mahu mengganggu proses semula jadi, dan kami tidak menggalakkan usaha menutup lubang itu, lebih-lebih lagi, lubang tasik cenderung melimpah dan membanjiri lebuh raya berdekatan,” tambah McHugh.

BACA:

Patutlah harga RXZ melambung mencanak! Harga habuk RXZ je dah cecah RM2,500?

Selain HIV dan COVID-19, Ini virus paling teruk yang pernah melanda seluruh dunia yang korang tak tahu