Kecoh kertas sejarah SPM bocor, ini respon KPM

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menegaskan bahawa dakwaan kebocoran

kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024 yang tular di media sosial adalah tidak benar dan tidak berasas.

KPM mengesahkan bahawa tangkap layar yang tersebar hanyalah senarai tajuk-tajuk dalam buku teks Sejarah yang digunakan sebagai bahan ramalan, dan bukannya soalan sebenar dari kertas peperiksaan.

“Tiada sebarang soalan daripada Kertas 1 dan Kertas 2 Sejarah SPM 2024 yang tersebar di media sosial,” kata KPM dalam satu kenyataan rasmi.

“Dakwaan kebocoran ini tidak memenuhi definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan kertas peperiksaan dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.”

Kecoh kertas sejarah SPM bocor, ini respon KPM

KPM juga menasihatkan semua calon peperiksaan untuk tetap tenang dan fokus menghadapi peperiksaan, sambil memberi jaminan bahawa kementerian sentiasa berusaha menjaga kerahsiaan kertas peperiksaan awam.

Sebelum ini, tular di beberapa platform media sosial di mana pelajar dilihat berkongsi soalan serta jawapan untuk Kertas 1 dan Kertas 2 Sejarah beberapa hari sebelum peperiksaan berlangsung.

BACA: Zahnita Wilson buka mulut selepas anak sulung keluar kenyataan tentang dirinya

Leave a Comment