Penduduk Desa Pakuon, Mukim Sukaresmi, Daerah Cianjur, Jawa Barat, baru-baru ini
Terkejut dengan pernikahan antara dua wanita di kampung tersebut.
Pegawai Mukim Sukaresmi, Latip Ridwan, melaporkan bahawa pernikahan tersebut berlangsung pada 28 November 2023.
Pasangan ini terdiri dari seorang wanita yang bernama AH, berusia 25 tahun, yang awalnya mengidentifikasi diri sebagai lelaki, dan pasangannya, seorang wanita bernama I, berusia 23 tahun.
Latip menjelaskan bahwa pengetahuan tentang identitas sebenar AH sebagai seorang wanita baru terungkap setelah pernikahan mereka.
“Kes yang terbongkar itu cepat tersebar dan heboh sehingga pihak forum komunikasi pimpinan mukim segera mengadakan siasatan.
“Semua pihak terbabit langsung dalam majlis pernikahan sebelum ini sudah dipanggil dan diambil keterangan. Dia (AH) juga sudah mengaku berbohong dan memanipulasi status jenis kelaminnya,” kata Latip kepada wartawan di pejabatnya, Jumaat lalu.
Namun demikian katanya, pihak mempelai perempuan memilih untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap AH.
“Walaupun merasa tertipu, ini dianggap sebagai musibah. Mempelai perempuan hanya memilih untuk berpisah dengan ‘suaminya’ itu dan tidak mahu mengambil tindakan undang-undang selanjutnya,” kata Latip.
Latip menjelaskan, berdasarkan pengakuan kedua mempelai, mereka sudah menjalin hubungan selama dua tahun secara jarak jauh.
Untuk rekod, katanya, AH adalah penduduk Kalimantan dan pertemuan dengan pasangannya itu bermula daripada perkenalan di Facebook (FB).
“Jelas, dari segi undang-undang perkahwinan itu tidak sah,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ayah I hanya dikenali D, 60, merasa dikhianati oleh anaknya.
Menurutnya, ayah kepada pengantin perempuan mengakui jantina AH baru diketahui, setelah dia mengurus pengurusan dokumen di Pejabat Urusan Agama (KUA) Mukim Sukaresmi.
D yang menikahkan anaknya dan sehari selepas itu, dia terus pergi ke pejabat agama.
Tetapi setelah pemeriksaan identiti, AH didapati sebenarnya perempuan.
Sementara itu, Ketua Desa Pakuon, Abdulah berkata, pihaknya sempat melarang akad nikah itu kerena AH tidak menyerahkan dokumen identiti untuk tujuan perkahwinan.
Baca Juga :Tak sangka ini jawapannya, ini sebab kenapa seluar jeans selalu guna zip besi ramai tak tahu